KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA

KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA
link : KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA

Baca juga


KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA


 Kenyataan Media Bersama oleh Pimpinan Pakatan Harapan di Kuala Lumpur pada 21 April 2018:

 Kerajaan UMNO-BN di bawah Datuk Seri Najib Razak adalah sebuah pentadbiran kleptokrasi di mana seorang Perdana Menteri memegang semua kuasa penting sehingga Kabinet dan Parlimen menjadi badan-badan yang tidak relevan. Sedangkan demokrasi wajib mengamalkan pemisahan kuasa.

 Ini bererti sistem pentadbiran Malaysia secara pratikalnya gagal mengamalkan pengasingan kuasa (separation of powers) serta prinsip semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa. Hanya satu pihak sahaja menguasai semua kuasa. Ini bahaya untuk rakyat dan negara.

 Skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri merupakan akibat langsung pemusatan kuasa PM. PM dan konco-konconya terus terlepas dari siasatan, dakwaan, dan sebarang hukuman kerana berlaku campur tangan dari atas dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, serta institusi-institusi berkenaan melalui pengaruh politik.

Kuasa besar PM

 Hari ini pemusatan kuasa terlalu bertumpu kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bidang kuasa Perdana Menteri terlalu kuat dan luas sehingga Menteri lain seperti tidak diketepikan. Sebagai contoh, Menteri Pengangkutan tidak diberi kuasa dan tanggungjawab berkenaan bidang urus tadbir serta dasar-dasar pengangkutan awam, dan sebaliknya JPM menguasai portfolio tersebut melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

 Institusi seperti SPRM, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ISUHAKAM), Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga secara wajarnya diletakkan di bawah pemantauan Parlimen, dan bukannya JPM.

 Apabila keadaan itu berlaku, rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang tinggi susulan dasar ekonomi pincang oleh pentadbiran kleptokrasi. Tiada Menteri dan Kementerian boleh membantu rakyat apabila PM dan JPM terlalu berkuasa.

PM tak boleh jadi Menteri Kewangan 

Perdana Menteri juga tidak sepatutnya memegang jawatan Menteri Kewangan. Tidak pernah ada dalam negara-negara Komanwel di mana PM juga menjadi Menteri Kewangan kerana ia mewujudkan konflik kepentingan.

 Malah, pada masa ini Datuk Seri Najib mempengerusikan Majlis Ekonomi Negara, sebuah badan yang ditubuhkanya selepas 2008 yang memintas kuasa Kabinet serta boleh membuat keputusan ekonomi bagi pihak Kabinet.

 Dalam sistem Westminster, Menteri Kewangan adalah orang yang berperanan menjadi pemimpin nombor 2 dalam Kabinet yang bertanggungjawab memantau dan meneliti prestasi kementerian lain melalui pemeriksaan belanjawan dan pengauditan kewangan negara.

  Peruntukan JPM terlalu besar

 Apabila Datuk Seri Najib sebagai PM menguasai kerajaan, peruntukan kewangan juga dipusatkan dan ditambah begitu banyak kepada JPM.

 Bagi tahun 2008, peruntukan untuk JPM adalah RM6.9 bilion, iaitu masing-masing RM3.4 bilion bagi peruntukan pengurusan dan RM3.5 bilion untuk pembangunan.

 Bagi tahun 2018, peruntukannya melonjak kepada RM12.2 bilion, iaitu masing-masing RM5.2 bilion peruntukan pengurusan dan RM12.2 bilion pembangunan. Ia naik 2.5 kali ganda berbanding 2008.

  “Pintu belakang” dan “dana gelap”

 JPM diperuntukkan anggaran kos pengurusan yang terlalu tinggi kerana “ruang” pejabatnya terlalu besar. Di JPM terdapat 10 orang Menteri dan banyak lagi “penasihat-penasihat” dan “duta-duta khas” yang masuk dari “pintu belakang” yang mana kedudukan mereka setaraf dengan Menteri.

 Kebanyakan peruntukan pembangunan JPM adalah dalam bentuk “dana gelap” (slush funds) yang hanya Datuk Seri Najib mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan bagaimana ia hendak dibelanjakan.

 Kami bimbang beliau menggunakan dana gelap tersebut untuk tujuan kepentingan survival politik beliau. Dana semacam ini tidak pernah wujud sejak Merdeka hingga ke hari ini kecuali pada era pentadbiran Najib hari ini.

 Bagi Rancangan Malaysia pula, kuasa pembahagian peruntukan tertumpu di JPM melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU). Kementerian-kementerian lain tidak boleh menjalankan kerja mereka tanpa kelulusan peruntukan daripada EPU.

 Sistem pentadbiran Najib telah menyerap kuasa dari kementerian-kementerian yang lain, dan ini dapat mengukuhkan kuasa PM agar Menteri-menteri lain hanya menuruti kehendak PM.

  Reformasi Pakatan Harapan

Justeru itu, Pakatan Harapan bermuafakat dan bertekad untuk mereformasi institusi pentadbiran dan politik, khususnya menstruktur semula JPM apabila diamanahkan oleh rakyat Malaysia menjadi kerajaan yang baru. Ini adalah salah satu teras utama Buku Harapan yang merupakan Manifesto Pakatan Harapan bagi PRU14.

 Melalui Kerajaan baru Pakatan Harapan, Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan.

 Kerajaan baru Pakatan Harapan juga akan menurunkan bilangan Menteri di JPM kepada 3 orang sahaja. Tanggungjawab lain akan diturunkan kepada kementerian-kementerian yang bersesuaian.

 Pakatan Harapan akan mereformasi peranan Kabinet dan JPM secara keseluruhannya supaya sistem pentadbiran kabinet kolektif akan kembali diamalkan di Malaysia.

 Demi rakyat dan negara, sertailah kami akan membentuk sebuah kabinet berwibawa, berpengalaman, berkelayakan dan berkemampuan agar membawa Malaysia ke satu arah yang betul dan makmur.

 Dikeluarkan oleh:

PENGERUSI 
Tun Dr Mahathir Mohamad

PRESIDEN 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail

TIMBALAN PRESIDEN
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Saudara Mohamad Sabu
Saudara Lim Guan Eng


Thus Article KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA

Itulah artikel KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/kuasa-pm-terlalu-besar-perlu-reformasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA"

Post a Comment