"Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri”

"Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri” - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri”, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : "Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri”
link : "Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri”

Baca juga


"Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri”

Najib sekarang sudah ada tentera sendiri, kata Mahathir
Koh Jun Lin  |  Dikemaskini 3 Apr 2018, 5:27 petang
 
 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini mempunyai tentera sendiri susulan gesaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang menggesa anggota tentera dan polis bersyukur dan setia kepada kerajaan yang diketuainya.

Beliau berkata ini adalah perkembangan yang mengecewakan memandangkan angkatan tentera dan pasukan polis sepatutnya melafazkan taat setia mereka kepada Raja-raja Melayu dan negara.

“Itu bertentangan dengan perlembagaan kita yang mana angkatan tentera mestilah setia kepada Raja dan negara. tapi sekarang kita dapati bahawa tentera kita akan setia kepada Najib dan kerajaan.

“Bermakna Najib sekarang sudah ada tentera dia sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini.
Dalam ucapannya pada 31 Mac lalu, Raja Mohamed Affandi berkata Najib sentiasa memberi perhatian khusus kepada pasukan keselamatan di samping menyediakan aset keselamatan terbaik.

Selain itu beliau berkata kerajaan juga telah melakukan banyak perkara untuk menjaga kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka.

Pada majlis itu, Najib juga berkata anggota polis dan tentera mungkin kehilangan kerja jika negara ini dipimpin individu yang salah.

Najib juga memberi amaran kemungkinan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) akan dibubarkan di bawah pentadbiran yang berasaskan konsep Malaysian Malaysia.

Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, kenyataan itu jelas merujuk kepada DAP, yang digambarkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.


* Eh....macam ada yang tak kena dalam ATM dan Polis. Adakah ini menandakan wujudnya riak kegelisan anggota biasa di dalam ATM dan Polis?

Jadi Panglima ATM dan IGP terpaksa memperkemaskan kaki mereka di samping Najib supaya nampak solid? 


Thus Article "Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri”

Itulah artikel "Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri” Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel "Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri” dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/najib-sudah-mempunyai-tenteranya-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to ""Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri”"

Post a Comment