Nazri kena bedal lagi......

Nazri kena bedal lagi...... - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nazri kena bedal lagi......, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nazri kena bedal lagi......
link : Nazri kena bedal lagi......

Baca juga


Nazri kena bedal lagi......

'Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu'
mk  |  Dikemaskini 1 Apr 2018, 5:58 petang
Tan Sri Rafidah Aziz menempelak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai 'myopic' atau berfikiran cetek.

Bekas menteri kanan itu juga turut memberikan penjelasan mengenai maksud 'myopic' sebagai penegasan terhadap Nazri.

Perkataan 'myopic' dalam bahasa Inggeris bermaksud rabun dekat, juga sinonim dengan erti tiada imaginasi, tidak kreatif, kurang cabaran, kurang wawasan, berfikiran sempit, cetek, dan bersifat kedaerahan.

Rafidah merujuk artikel The Malaysian Insight bertarikh 8 Mac bertajuk "NFC masih berhutang dengan kerajaan RM248 juta, kata Kementerian Kewangan."

"Inilah apa yang saya sedang cakap. Wang rakyat 'kena sapu'. Nazri 'politik cetek'.
"Tak ada kena mengena dengan politik peribadi. Saya dah bersara 10 tahun. Tapi wang rakyat masih belum dilangsaikan, masih sekitar RM 200 juta untuk dibayar.

"Hutang is still hutang, terutamanya duit rakyat. Nazri tolong fokus kepada isu-isu kebimbangan rakyat dan tidak cuba alih perhatian kepada 'mak cik tua' ini. Hentikan politik kotor.

"Boleh cetak (kenyataan) ini sebagai respon bersama penjelasan mengenai myopic'," tambah beliau.

Rafidah memberikan respon terhadap kenyataan Nazri yang mendakwa beliau "dengki dan cemburu" terhadap Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kerana pernah tewas kepadanya dalam merebut jawatan ketua wanita Umno.

Minggu lepas, Rafidah yang pernah menerima julukan "iron lady", menegur Nazri kerana membuat serangan peribadi mengenai umurnya berbanding menumpukan isu yang beliau timbulkan.

Ini selepas Nazri mengelarnya sebagai 'mak cik tua yang meroyan" selepas mengkritik Perdana Menteri Datuk Seru Najib Razak dan 1MDB.

Dalam laporan Harian Sinar hari ini, Nazri mendakwa kritikan Rafidah terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) menunjukkan bekas menteri kanan itu masih tidak dapat menerima kekalahannya sembilan tahun lepas.

Kes NFC mula didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara pada 2011.

Nazri berkata Shahrizat telah dibersihkan selepas itu dan Rafidah sepatutnya menghormati keputusan pihak berkuasa.

Sementara itu, artikel TMI memetik jawapan Kementerian Kewangan di parlimen bahawa NFC masih berhutang dengan kerajaan lebih RM248 juta daripada RM250 juta pinjaman mudah yang diterimanya.

Kementerian itu berkata NFC masih belum membayar sejumlah RM248,193,737.81 mulai 31 Jan tahun ini.


Thus Article Nazri kena bedal lagi......

Itulah artikel Nazri kena bedal lagi...... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nazri kena bedal lagi...... dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/nazri-kena-bedal-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nazri kena bedal lagi......"

Post a Comment