TARAF HIDUP MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS DITINGKATKAN DI BAWAH PENTADIBRAN PAKATAN HARAPAN SELEPAS PRU14

TARAF HIDUP MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS DITINGKATKAN DI BAWAH PENTADIBRAN PAKATAN HARAPAN SELEPAS PRU14 - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk TARAF HIDUP MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS DITINGKATKAN DI BAWAH PENTADIBRAN PAKATAN HARAPAN SELEPAS PRU14, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : TARAF HIDUP MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS DITINGKATKAN DI BAWAH PENTADIBRAN PAKATAN HARAPAN SELEPAS PRU14
link : TARAF HIDUP MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS DITINGKATKAN DI BAWAH PENTADIBRAN PAKATAN HARAPAN SELEPAS PRU14

Baca juga


TARAF HIDUP MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS DITINGKATKAN DI BAWAH PENTADIBRAN PAKATAN HARAPAN SELEPAS PRU14

Kenyataan Media | 10 April 2018 

Agenda penting Pakatan Harapan adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan dan memajukan masyarakat India di negara ini. 

Perkara ini adalah satu cabaran tetapi saya berkeyakinan bahawa dengan Pakatan Harapan, masih ada harapan untuk perkara ini dilakukan. Apa yang kita perlukan adalah sokongan dan kepercayaan anda (masyarakat India) untuk membolehkan kerajaan Pakatan Harapan memberi yang terbaik. 9 Menuju pilihan raya umum akan datang, Pakatan Harapan berharap dapat sokongan masyarakat India, yang memainkan peranan sebagai undi penentu di beberapa kawasan di Tanah Melayu.

  Sebelum ini, manifesto Pakatan Harapan dilancarkan untuk memastikan masyarakat India mendapat peluang pendidikan yang baik melalui pembiayaan penuh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan naik taraf prasarana di setiap SJKT menyamai mutu di sekolah kebangsaan. 

 Untuk menjadikan pendidikan di negara ini bertaraf antarabangsa, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. 

Dalam kontek Malaysia, sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan melalui agenda reformasi supaya dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan yang mampu melahirkan modal insan yang bernas. 

  Hal ini boleh dilakukan dengan memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat India, di mana kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah pelajar India di sekolah-sekolah berasrama penuh dan di Maktab-maktab Rendah Sains Mara seluruh negara.

 Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak India daripada keluarga berpendapatan rendah, keluarga yang bekerja di ladang-ladang, estet dan mereka yang termasuk dalam kategori miskin bandar dan luar bandar.

 Tambahan kepada itu, satu dana khas juga akan dibentuk untuk pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat India dengan peruntukan RM4 bilion untuk 10 tahun pertama. 

Saya mencabar Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang dijangka akan melancarkan manifesto khas untuk masyarakat India pada minggu depan, untuk mengumumkan janji-janji yang lebih baik daripada tawaran Pakatan Harapan bagi masyarakat India.   
 MIC boleh mengemukakan berpuluh - puluh inisiatif, beratus - ratus akur janji, Malaysian Indian Blueprint yang tidak berani dibawa ke Parlimen untuk dijadikan dasar, semuanya hanya akan dicetak di atas kertas sahaja dan BUKAN dalam perjuangan mereka untuk membela masyarakat India. 

 Pakatan Harapan begitu komited untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat India yang mahukan pendidikan berkualiti, peluang ekonomi, selain penyelesaian dalam soal kewarganegaraan dan sebagainya. 

Martabat dan darjat masyarakat India sebagai warganegara Malaysia wajar dibina semula melalui komitmen Pakatan Harapan. 

 Manivanan Gowin 
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti KEADILAN Rakyat


Thus Article TARAF HIDUP MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS DITINGKATKAN DI BAWAH PENTADIBRAN PAKATAN HARAPAN SELEPAS PRU14

Itulah artikel TARAF HIDUP MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS DITINGKATKAN DI BAWAH PENTADIBRAN PAKATAN HARAPAN SELEPAS PRU14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel TARAF HIDUP MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS DITINGKATKAN DI BAWAH PENTADIBRAN PAKATAN HARAPAN SELEPAS PRU14 dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/taraf-hidup-masyarakat-india-akan-terus.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TARAF HIDUP MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS DITINGKATKAN DI BAWAH PENTADIBRAN PAKATAN HARAPAN SELEPAS PRU14"

Post a Comment