[Video DAP setuju guna logo bersama PRU14, Dr M umum esok] SEMUA CALON PAKATAN HARAPAN DIJANGKA GUNA LOGO PKR & Pembubaran BERSATU tidak memberi kesan apa-apa.

[Video DAP setuju guna logo bersama PRU14, Dr M umum esok] SEMUA CALON PAKATAN HARAPAN DIJANGKA GUNA LOGO PKR & Pembubaran BERSATU tidak memberi kesan apa-apa. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video DAP setuju guna logo bersama PRU14, Dr M umum esok] SEMUA CALON PAKATAN HARAPAN DIJANGKA GUNA LOGO PKR & Pembubaran BERSATU tidak memberi kesan apa-apa., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video DAP setuju guna logo bersama PRU14, Dr M umum esok] SEMUA CALON PAKATAN HARAPAN DIJANGKA GUNA LOGO PKR & Pembubaran BERSATU tidak memberi kesan apa-apa.
link : [Video DAP setuju guna logo bersama PRU14, Dr M umum esok] SEMUA CALON PAKATAN HARAPAN DIJANGKA GUNA LOGO PKR & Pembubaran BERSATU tidak memberi kesan apa-apa.

Baca juga


[Video DAP setuju guna logo bersama PRU14, Dr M umum esok] SEMUA CALON PAKATAN HARAPAN DIJANGKA GUNA LOGO PKR & Pembubaran BERSATU tidak memberi kesan apa-apa.

Khamis, 5 April 2018

SEMUA CALON PAKATAN HARAPAN DIJANGKA GUNA LOGO PKR, PEMBUBARAN BERSATU TIDAK MEMBERI KESAN APA-APA


Tahniah diucapkan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan atau RoS kerana membubarkan pendaftaran Bersatu menjelang dua hari BN melancarkan manifeso pilihanrayanya  serta di saat-saat Najib Razak sedang memilih hari untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU 14 diadakan.

Manifesto BN akan dilancarkan di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu 7 April ini, manakala pembubaran Parlimen dijangka sebelum pembentangan manifesto atau satu dua minggu selepas itu.

Dalam waktu yang sama, tarikh pembubaran Bersatu yang diumumkan hari ini juga adalah serentak dengan hari terakhir sidang Parlimen yang merupakan penggal terakhirnya sejak 2013 yang lalu.

Dengan yang demikian, terlihatlah di mata rakyat bahawa  RoS ini tidak lebih merupakan "perkakas" atau mirip "komponen" terbaru BN untuk membantu Najib mengekalkan kuasanya.
Seperti yang disebut dalam beberapa artikel sebelum ini, pembubaran Bersatu ini tidaklah memeranjatkan, malah sudah boleh dijangkakan.

Namun, harus diingat bahawa RoS hanya boleh membubarkan pendaftaran Bersatu, tetapi ia tidak mungkin mampu membubarkan perasaan rakyat yang sedang meluap-luap untuk menyingkirkan Najib, UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Malah, pembubaran ini sebenarnya merupakan berita baik, khabar gembira dan rahmat tersembunyi, bukan saja kepada Bersatu dan Pakatan Harapan, tetapi juga rakyat yang dahagakan perubahan.

Perasaan rakyat dengan ini akan terus membuak-buak marah lagi benci kepada Najib, UMNO dan BN serta dalam masa yang sama terasa simpati yang amat sangat kepada Bersatu dan Pakatan Harapan.

Di mana-mana dunia yang berlaku perubahan politik, asasnya mestilah benci dan simpati yang kian menggunung di hati rakyat.

Lebih daripada itu, jika RoS merasakan tindakan membubarkan Bersatu ini akan melemahkan parti itu menjelang PRU 14 akan datang, ternyata perkiraan mereka adalah silap, malah 100 peratus silap.

Bersatu bukan saja tidak mungkin lemah, jauh sekali mengalah, bahkan dengan perkembangan ini akan menaikkan lagi semangat parti itu bersama Pakatan Harapan dalam perjuangannya untuk menumbangkan Najib, UMNO dan BN yang telah menukar negara ini daripada demokrasi kepada kleptokrasi.

Dalam waktu yang sama, segala gerak-geri dan langkah RoS sebenarnya sudah pun dapat dibaca lebih awal oleh Tun Mahathir. Pembubaran Bersatu dan tidak mungkinnya Pakatan Harapan diluluskan boleh dikata sudah lama ada dalam pemikiran Pengerusi Pakatan Harapan itu.

Sebab itu, selain soal pembahagian kerusi yang berjaya diselesaikannya lebih awal, Tun Mahathir juga turut berjaya mendapatkan persetujuan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu sendiri agar menggunakan satu logo tunggal untuk semua calon Pakatan Harapan.
Penggunaan logo tunggal  yang dipilih di antara PKR, DAP, Amanah dan Bersatu itu, meskipun diwar-warkan untuk memudahkan rakyat membuat pilihan dan agar tidak timbul kekeliruan, tujuan lainnya ialah sebagai persediaan sekiranya Bersatu dibubarkan dan pendaftaran Pakatan Harapan tidak diluluskan.

Adalah dijangkakan malam esok di Johor Bharu, akan diumumkan bahawa semua calon Pakatan Harapan akan mengguna atau meminjam logo PKR bagi menentang BN dalam PRU 14 kali ini.
Pemimjaman logo ini adalah untuk sementara waktu bagi menghadapi pilihanraya saja dan selepas itu, lebih-lebih setelah menang dan menguasai Putrajaya, semua calon akan kembali semua kepada parti masing-masing.

Jika sebelum ini, BN termasuk RoS mungkin menjangkakan, oleh kerana Pakatan Harapan tidak diluluskan dan semua parti dalam gabungan itu akan menggunakan logo masing-masing, maka dengan pembubaran Bersatu, ia mungkin melemahkan dan menimbulkan masalah kepada parti itu.

Tetapi, dengan persetujuan semua parti terhadap penggunaan logo PKR itu, pembubaran Bersatu yang diumumkan RoS hari ini sudah tidak memberi kesan apa-apa lagi. Bersatu tidak terkesan, Pakatan Harapan juga tidak terbeban.

Perjuangan untuk menyingkirkan Najib akan jelan terus dan tiada apa-apa yang terganggu kerana logo yang akan digunakan nanti ialah logo PKR.

Sebaliknya, tindakan RoS ini akan menambah-bangkitkan lagi perasaan benci rakyat kepada Najib, UMNO dan BN serta dalam masa yang sama meluapkan lagi rasa simpati kepada Tun Mahathir, Bersatu dan Pakatan Harapan.
Sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada RoS kerana tindakan mereka ini nyata mempermudahkan lagi "tercabutnya nyawa" Najib, UMNO dan BN daripada kuasa di Putrajaya yang dipegang selama ini. (ShahbudinHusin 05/04/2018).


Thus Article [Video DAP setuju guna logo bersama PRU14, Dr M umum esok] SEMUA CALON PAKATAN HARAPAN DIJANGKA GUNA LOGO PKR & Pembubaran BERSATU tidak memberi kesan apa-apa.

Itulah artikel [Video DAP setuju guna logo bersama PRU14, Dr M umum esok] SEMUA CALON PAKATAN HARAPAN DIJANGKA GUNA LOGO PKR & Pembubaran BERSATU tidak memberi kesan apa-apa. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video DAP setuju guna logo bersama PRU14, Dr M umum esok] SEMUA CALON PAKATAN HARAPAN DIJANGKA GUNA LOGO PKR & Pembubaran BERSATU tidak memberi kesan apa-apa. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/video-dap-setuju-guna-logo-bersama.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video DAP setuju guna logo bersama PRU14, Dr M umum esok] SEMUA CALON PAKATAN HARAPAN DIJANGKA GUNA LOGO PKR & Pembubaran BERSATU tidak memberi kesan apa-apa."

Post a Comment