Tajuk : [Video Dr Mahathir janji syarat lebih baik untuk Sabah dan Sarawak] Najib akhiri teori RAHMAN, Perdana Menteri seterusnya adalah Tun Dr Mahathir.
link : [Video Dr Mahathir janji syarat lebih baik untuk Sabah dan Sarawak] Najib akhiri teori RAHMAN, Perdana Menteri seterusnya adalah Tun Dr Mahathir.
[Video Dr Mahathir janji syarat lebih baik untuk Sabah dan Sarawak] Najib akhiri teori RAHMAN, Perdana Menteri seterusnya adalah Tun Dr Mahathir.
Rabu, 11 April 2018Najib akhiri teori RAHMAN, perdana menteri seterusnya adalah Tun Dr Mahathir
Kempen PRU14 telah bermula di media sosial meski hari penamaan calon telah ditetapkan pada 28 April, diikuti hari mengundi pada 9 Mei.
Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak dipercayai sedang berada dalam keadaan ketakutan apabila tarikh hari Rabu 9 Mei itu dilihat sebagai cubaan untuk menyusahkan rakyat untuk pulang mengundi.
Bagi pemimpinan vetera DAP Lim Kit Siang, teori RAHMAN sudah sampai ke penghujungnya, dengan Najib Razak sebagai perdana menteri terakhir dalam urutan teori tersebut.
“Secara berseloroh saya ada mencadangkan teori RAHMAN diganti dengan teori MAHATHIR,” ujar Kit Siang.
Tun Dr Mahathir adalah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, diikuti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon seterusnya.
Namun tegas Kit Siang, apa yang penting untuk dilakukan sekarang ialah memastikan HARAPAN boleh menewaskan sebarang cabaran bagi membentuk kerajaan baru di Putrajaya.
Boneka siapa sebenarnya?
Pun begitu katanya, persoalan mengelirukan yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional mesti segera dijawab terlebih dahulu oleh parti pemerintah itu – Adakah Mahathir boneka Kit Siang, atau Kit Siang boneka Mahathir?
Bagi Kit Siang, soalan tersebut kini sedang menghantui kepimpinan UMNO-BN, dan membuatkan ucapan serta kenyataan mereka habis berterabur, mengarut dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.
“Minggu lalu, aparat propaganda UMNO cuba menghidupkan kembali kempen momok mereka, kononnya Tun Dr Mahathir hanyalah boneka saya, dan saya akan menjadi perdana menteri apabila Pakatan Harapan menang dalam PRU14.
“Tetapi pemimpin MCA diketuai Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menuduh saya sebagai boneka Mahathir,” ujar penyandang kerusi Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.
Kempen UMNO dimulakan semula oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang cuba meyakinkan anggota parti PPBM kononnya Kit Siang yang akan menjadi perdana menteri, bukannya Mahathir.
Liow pula kemudian mendakwa bahawa DAP telah mengkhianati pengundi Cina apabila tidak menggunakan lambang roket ekoran kemunculan Mahathir memimpin pakatan pembangkang.
Padahal kata Kit Siang, MCA tidak pernah pernah menggunakan logo partinya, dan bersembunyi di sebalik lambang dacing Barisan Nasional.
“Jadi adakah Mahathir boneka Kit Siang, atau Kit Siang boneka Mahathir?
“Atau adakah pimpinan UMNO da MCA, propagandis dan tentera cyber ‘quinoa’ mereka akan menempuhi PRU14 dengan kedua-dua dakwaan, walaupun ia saling bertentangan?” soal beliau. – Roketkini.com
Thus Article [Video Dr Mahathir janji syarat lebih baik untuk Sabah dan Sarawak] Najib akhiri teori RAHMAN, Perdana Menteri seterusnya adalah Tun Dr Mahathir.
Itulah artikel [Video Dr Mahathir janji syarat lebih baik untuk Sabah dan Sarawak] Najib akhiri teori RAHMAN, Perdana Menteri seterusnya adalah Tun Dr Mahathir. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video Dr Mahathir janji syarat lebih baik untuk Sabah dan Sarawak] Najib akhiri teori RAHMAN, Perdana Menteri seterusnya adalah Tun Dr Mahathir. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/video-dr-mahathir-janji-syarat-lebih.html
0 Response to "[Video Dr Mahathir janji syarat lebih baik untuk Sabah dan Sarawak] Najib akhiri teori RAHMAN, Perdana Menteri seterusnya adalah Tun Dr Mahathir."
Post a Comment