Tajuk : [Video HARAPAN semak semula pinjaman China jika menang Putrajaya] Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim.
link : [Video HARAPAN semak semula pinjaman China jika menang Putrajaya] Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim.
[Video HARAPAN semak semula pinjaman China jika menang Putrajaya] Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim.
Khamis, 19 April 2018Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim
Veteran Umno Tan Sri Rais Yatim menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.
Veteran Umno itu berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan memohon pengisytiharan mahkamah mengenai perkara itu.
“Itu bukan kerja saya tapi saya fikir yang bertauliah dalam soal ini ialah (anggota) Majlis Tertinggi (Umno).
“Pemimpin-pemimpin besar Umno yang berjawatan sekarang tidak boleh berdiam diri. Mereka harus mendapatkan panduan perundangan yang tepat dan jitu.
“Saya beranggapan jika Umno Pusat tidak membuat pilihan ini, mereka akan akan dianggap sebagai mengambil remeh persoalan perlembagaan Umno.
“Perlembagaan sudah jelas, mati tempohnya April ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Rais yang juga seorang peguam berkata, adalah jelas bahawa Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, hari ini, iaitu 19 April.
Pemilihan parti terakhir adalah pada 19 Oktober 2013.
Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan di bawah Fasal 10.16.
Najib, pada Jun 2015, mengumumkan bahawa pemilihan parti akan ditangguhkan, kerana Umno perlu bersiap sedia untuk pilihan raya umum.Sementara itu, Rais yang juga seorang peguam, berkata lanjutan 18 bulan bagi pemilihan Umno memang dibenarkan, tetapi menolak kesahihan untuk lanjutan kedua.
“Pada hemat saya memang tak boleh (lanjutan kedua) dibuat oleh Majlis Tertinggi. Harus dibuat setelah proses pemilihan dibuat.
“Pendaftar tidak ada kuasa utk menghalalkan keberadaan Umno tanpa pemilihan lebih daripada yang dibenarkan (mengikut) Fasal 10.
“Ini penting dibuat sebab pilihan raya umum dah nak datang. Kalau boleh sebaik-baiknya perkiraan di mahkamah perlu dibuat oleh Umno sendiri, jangan dibuat pihak lain sebab soal ‘locus standi’ akan ditimbulkan.
“Apabila dapat penghakiman, barulah mudah untuk Umno buat tugas hariannya, jika tidak, memang ramai ahli akan mempersoalkan kesahihan di sisi undang-undang kewujudan Umno itu,” katanya.
Rais juga menegaskan bahawa adalah paling afdal bagi anggota Majlis Tertinggi Umno tu sendiri yang memohon pengisytiharan mahkamah.
“Ahli biasa pun boleh buat, (tapi) nampak tak cantik (apabila) ahli biasa (berbuat demikian).
“Biar Majlis Tertinggi memohon panduan perundangan, supaya kuasa pendaftar bawah Seksyen 14, Akta Pertubuhan dapat diberi penghakimannya yang sahih.
“Pada hemat saya, melihat peruntukan ini, beliau (pendaftar ROS) tak boleh.
“Beliau hanya boleh membenarkan lanjutan sekali, selebih tu tak boleh beliau membenarkan tidak ada pemilihan,” katanya.
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor pada Februari lalu berkata pemilihan parti akan diadakan pada 19 April, 2019, selepas mendapat kelulusan daripada ROS.
Pada Selasa lalu, bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menulis di Facebook untuk berkongsi pandangan undang-undang seorang rakannya, yang berkata bahawa Umno tidak boleh bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana parti itu dianggap tidak sah selepas April 19.
Beliau juga berkata, RoS tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan lanjutan kedua dan Tengku Adnan merujuk peruntukan yang salah dalam mewajarkan penangguhan itu.
Bagaimanapun, Tengku Adnan menegaskan semalam bahawa Umno bukan parti yang haram, dan memberi jaminan kepada ahli-ahlinya bahawa mereka akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14.
MD.
Thus Article [Video HARAPAN semak semula pinjaman China jika menang Putrajaya] Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim.
Itulah artikel [Video HARAPAN semak semula pinjaman China jika menang Putrajaya] Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video HARAPAN semak semula pinjaman China jika menang Putrajaya] Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/video-harapan-semak-semula-pinjaman.html
0 Response to "[Video HARAPAN semak semula pinjaman China jika menang Putrajaya] Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim."
Post a Comment