[Video Orang Felda dengar baik baik Acara BERBALAS PANTUN antara BN (Shahaniza) vs Pakatan (Mat Sabu)] Berang SPR pilih Rabu, BN bakal hilang undi pekerja.

[Video Orang Felda dengar baik baik Acara BERBALAS PANTUN antara BN (Shahaniza) vs Pakatan (Mat Sabu)] Berang SPR pilih Rabu, BN bakal hilang undi pekerja. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Orang Felda dengar baik baik Acara BERBALAS PANTUN antara BN (Shahaniza) vs Pakatan (Mat Sabu)] Berang SPR pilih Rabu, BN bakal hilang undi pekerja., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Orang Felda dengar baik baik Acara BERBALAS PANTUN antara BN (Shahaniza) vs Pakatan (Mat Sabu)] Berang SPR pilih Rabu, BN bakal hilang undi pekerja.
link : [Video Orang Felda dengar baik baik Acara BERBALAS PANTUN antara BN (Shahaniza) vs Pakatan (Mat Sabu)] Berang SPR pilih Rabu, BN bakal hilang undi pekerja.

Baca juga


[Video Orang Felda dengar baik baik Acara BERBALAS PANTUN antara BN (Shahaniza) vs Pakatan (Mat Sabu)] Berang SPR pilih Rabu, BN bakal hilang undi pekerja.

Rabu, 11 April 2018

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.

KENYATAAN MEDIA

Saya mengambil maklum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telahpun menetapkan tarikh-tarikh Hari Penamaan dan Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14. Saya mempersoalkan apakah tujuan sebenar SPR menetapkan hari Rabu, 9 Mei 2018, sebagai hari mengundi? Sedangkan persiapan untuk pengundi luar kawasan pulang mengundi memerlukan masa yang lebih awal apatah lagi mereka yang berada di luar negara. 

Saya juga kesal SPR gagal mempertimbangkan permintaan supaya tempoh berkempen pilihan raya diperuntukkan tidak kurang daripada 21 hari.

Ini menunjukkan SPR tidak peka dengan pertambahan pemilih seramai 1,672,222 orang. Purata pemilih per parlimen kini berjumlah 67,300 orang berbanding dengan purata 59,766 pemilih bagi PRU-13. Berikutan dengan penambahan ini, adalah jelas masa yang lebih diperlukan bagi mendekati pengundi. 

Berhubung dengan proses pengundian pos, saya menggesa SPR untuk mengumumkan bilangan sebenar pengundi pos mengikut pecahan:

i. pemilih pos di luar negeri mengikut negara
ii. pemilih pos yang penjawat awam menurut kategori 11 jabatan yang diwartakan
iii. pemilih yang terdiri daripada petugas-petugas media

Saya menuntut SPR menjelaskan mekanisme yang menjamin proses pengundian pos tidak terdedah kepada penipuan dan manipulasi, khasnya mekanisme yang mampu memantau sampul undi pos benar-benar diterima oleh pengundi pos yang berkenaan dan dipangkah olehnya.

Sehubungan itu, saya menggesa supaya SPR mewujudkan mekanisme aduan bagi membolehkan mana-mana pengundi pos bagi membuat aduan jika mereka tidak menerima sampul undi pos mereka.

Saya menegaskan adalah menjadi tugas dan tanggungjawab SPR untuk menjalankan pilihan raya secara adil, bebas dan penuh integriti.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

10 APRIL 2018

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berang SPR pilih Rabu, BN bakal hilang undi pekerja


Pemilihan hari Rabu pada 9 Mei bagi PRU14 mengundang sindiran rakyat.

Barisan Nasional (BN) dilihat bakal kehilangan undi daripada golongan pekerja dan majikan yang tidak berpuas hati dengan pemilihan pertengahan minggu sebagai hari membuang undi.
Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih 9 Mei sebagai hari mengundi mengundang kemarahan orang ramai termasuk dua kumpulan tersebut kerana menyukarkan pelbagai urusan.
Kewajaran Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang juga bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Tan Sri Annuar Musa memilih tarikh itu juga gagal dijelaskan apabila tidak melayan soalan pemberita pada sidang media semalam.
Golongan pekerja di perantauan seperti pengundi di Kelantan yang mencari nafkah di Lembah Kelang serta kira-kira 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura adalah segmen pengundi paling teruk terkesan.
Malah, pengundi yang bekerja dan tinggal di kawasan Lembah Kelang turut berang memandangkan terpaksa membuang masa menempuh kesesakan lalu lintas untuk pergi dan pulang dari pusat membuang undi.
Hari buang undi pada PRU 1999 yang jatuh pada Isnin diisytihar sebagai cuti umum.
Banyak pihak menyelar keputusan SPR yang sebelum ini dilihat bersekongkol dengan BN dengan menganggap peruntukan pengendalian PRU-14 yang mencecah RM500 juta tidak berbaloi dalam memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab.
Walaupun pada era pentadbiran Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, Pilihan Raya Umum (PRU) pernah berlangsung pada hari bekerja tetapi situasinya adalah berbeza.
Pada PRU 1982, pemilih membuang undi pada 22 April iaitu Khamis ketika cuti umum kebanyakan negeri pada masa itu pada Jumaat dan Sabtu.
Pola sosio-ekonomi masyarakat awal tahun 80-an itu juga menyaksikan sebahagian besar pengundi masih bekerja di sekitar kawasan penempatan masing-masing selain tinggal di kawasan luar bandar.
Seterusnya, bagi PRU 1995 dan 1999 pula, kedua-dua hari membuang undi pada penggal itu diisytiharkan sebagai cuti umum.
Semakan mendapati pada PRU 1995, Mahathir mengumumkan 25 April yang jatuh pada hari Selasa sebagai cuti umum bagi membolehkan rakyat membuang undi.
Cuti umum juga diisytihar pada 29 November 1999 dalam PRU ke-10. Pemilihan Isnin sebagai hari membuang undi ketika itu bagaimanapun dilihat memberi peluang terhadap kempen di saat-saat akhir memandangkan berturutan dengan Sabtu dan Ahad.
Berbeza PRU pertama bagi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kali ini, tiada pengisytiharan cuti umum wajib pada 9 Mei.
Bahkan, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) berkenaan sebaliknya meletakkan tanggungjawab kepada pihak majikan pula untuk memudahkan pekerja keluar membuang undi.
Bekas Ahli Parlimen Rompin itu mengaitkan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) yang mewajibkan majikan membenarkan pekerja mereka mengundi.
Akibat kedegilan memilih tarikh pertengahan minggu sebagai hari membuang undi, sebahagian besar pemilih tidak mempunyai banyak pilihan termasuk terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.
Jika keluar mengundi kemudian masuk bekerja semula pun, banyak pihak melihat itu tidak menyumbang pada produktiviti kerja apabila mengambil kira faktor jarak dan masa bagi perjalanan antara pusat membuang undi dan tempat kerja.
Seramai 14,940,624 pemilih layak mengundi pada PRU-14 yang buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya menyaksikan istilah kleptokrasi dikaitkan dengan pemimpin tertinggi BN.
Daripada jumlah itu, 14,636,716 adalah pengundi biasa manakala 300,255 pemilih awal akan membuang undi pada 5 Mei.
Selain itu, terdapat 3,653 pengundi luar negara turut menentukan pembentukan kerajaan pada penggal ke-15 akan datang.
MD.


Thus Article [Video Orang Felda dengar baik baik Acara BERBALAS PANTUN antara BN (Shahaniza) vs Pakatan (Mat Sabu)] Berang SPR pilih Rabu, BN bakal hilang undi pekerja.

Itulah artikel [Video Orang Felda dengar baik baik Acara BERBALAS PANTUN antara BN (Shahaniza) vs Pakatan (Mat Sabu)] Berang SPR pilih Rabu, BN bakal hilang undi pekerja. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Orang Felda dengar baik baik Acara BERBALAS PANTUN antara BN (Shahaniza) vs Pakatan (Mat Sabu)] Berang SPR pilih Rabu, BN bakal hilang undi pekerja. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/video-orang-felda-dengar-baik-baik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Orang Felda dengar baik baik Acara BERBALAS PANTUN antara BN (Shahaniza) vs Pakatan (Mat Sabu)] Berang SPR pilih Rabu, BN bakal hilang undi pekerja."

Post a Comment