[Video PRU14 Tsunami Melayu?] Tsunami Melayu! KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN & "Kedah sah berkalih kali ini."

[Video PRU14 Tsunami Melayu?] Tsunami Melayu! KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN & "Kedah sah berkalih kali ini." - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video PRU14 Tsunami Melayu?] Tsunami Melayu! KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN & "Kedah sah berkalih kali ini.", Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video PRU14 Tsunami Melayu?] Tsunami Melayu! KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN & "Kedah sah berkalih kali ini."
link : [Video PRU14 Tsunami Melayu?] Tsunami Melayu! KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN & "Kedah sah berkalih kali ini."

Baca juga


[Video PRU14 Tsunami Melayu?] Tsunami Melayu! KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN & "Kedah sah berkalih kali ini."

Isnin, 2 April 2018

Jelajah PH Utan Aji, Perlis
Jelajah PH Guar Chempedak, Kedah.

TSUNAMI MELAYU KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN


Minggu ini Tun Mahathir Mohamad menghadiri program Jelajah Pakatan Harapan di tiga tempat yang berbeza bersama pemimpin-pemimpin utama gabungan pembangkang itu.


Pada hari Khamis lalu,  beliau berada di Guar Cempedak, Kedah di mana ceramah yang diadakan di situ telah dihadiri antara 15 hingga 20 ribu orang ramainya.


Selain beberapa program PH di Kedah sebelum ini juga dihadiri ribuan orangramai, jumlah kehadiran dalam program terbaru ini seakan-akan mengesahkan lagi angin perubahan pasti berlaku di negeri jelapang padi itu.


"Kedah sah berkalih kali ini," kata beberapa orang Kedah yang sempat dihubungi.


Pada Jumaat pula, Tun Mahathir dan Pakatan Harapan yang lain mengunjungi Perlis, sebuah negeri terkecil dengan hanya tiga kawasan Parlimen saja.


Dalam program tersebut, dianggarkan jumlah yang hadir ialah antara 6 hingga 8 ribu orang.


"Kalau di Perlis boleh hadir seramai itu, maknanya ia adalah petanda yang sangat baik bagi Pakatan Harapan.


"Lagi pun penduduk Perlis bukan ramai mana," kata seorang kawan yang isterinya berasal dari negeri yang terkenal dengan mempelam harumanis itu.


Semalam,  Tun Mahathir berada di Langkawi untuk suatu program ceramah dan bertemu jentera pilihanraya di pulau bebas cukai itu.


Sebagaimana biasa, Langkawi yang merupakan kawasan yang disebut-sebut sebagai pilihannya untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang, kehadiran orangramai di kawasan itu memang tidak pernah menghampakan Tun Mahathir.


Dianggarkan antara 3 hingga 4 ribu orang hadir sebagai tanda sokongan mereka kepada Tun Mahathir.


Seperti program-program sebelum ini, semakin dekat tarikh pilihanraya diadakan, sambutan rakyat terhadap Tun Mahathir terlihat semakin hangat dan memberangsangkan.


Mereka sedia datang untuk mendengar ceramah beliau secara sukarela dan tidak pun diberikan duit tambang, tiada duit makan, tiada bas dan tiada baju T percuma. 


Mereka hanya mahu mendengar penjelasan tentang masalah negara, tentang negara yang sedang dirosakkan oleh pemerintah sedia ada dan bagaimana ia mampu dipulihkan oleh sebuah kerajaan baru yang lebih berwibawa.


Tiga tempat berbeza yang dihadiri oleh Tun Mahathir di utara tanahair pada minggu lalu menunjukkan bahawa tsunami Melayu sudah kian hampir menjadi kenyataan dan gelombangnya sedang digerakkan oleh lelaki luar biasa yang sudah pun berusia 93 tahun itu.


Orang Melayu bagaikan tidak sabar lagi untuk melakukan perubahan dan isyarat ini boleh dikesan semakin merata di mana-mana saja. Pengaruh dan aura Tun Mahathir senjata utama kepada tsunami itu.


Meskipun pengundi bukan Melayu sudah melakukan perubahan yang ketara dalam dua pilihanraya yang lepas dan jangkaan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan akan mencapai tahap sehingga 90 peratus dalam pilihanraya kali ini berikutan keadaan ekonomi dan iklim perniagaan yang gagal dipulih serta dirancakkan oleh Najib, perubahan dalam politik negara hanya akan menjadi kenyataan sekiranya pengundi Melayu juga bergerak senada dengannya.


Dengan petunjuk ini, untuk tempoh-tempoh mendatang sehingga tarikh pembuangan undi diadakan, sudah tentu Tun Mahathir akan lebih banyak melakukan jelajah dan ceramah ke kawasan-kawasan kediaman orang Melayu sendiri untuk memastikan tsunami Melayu benar-benar menjadi kenyataan.


Orang Melayu mesti menaruh keyakinan kepada Tun Mahathir untuk melakukan perubahan kepada negara ini. Selama 22 tahun sebelum ini beliau mampu menjadikan Malaysia gemilang, tiada sebab beliau tidak berupaya melakukannya sekali lagi.


Tambahan lagi, perjuangan beliau kali ini adalah suatu jihad setelah kita semua tahu bahawa negara ketika ini sedang mengalami kerosakan disebabkan amalan "cash is king"  oleh Najib, selain nama Malaysia kian membusuk dengan gelaran kleptokrasi dan dikatakan sedang dipimpin oleh pemimpin pencuri.


Lebih daripada itu, bersama keuntungan jangka panjang melalui proses pemulihan kepada negara yang akan dilakukan oleh Tun Mahathir dan lain-lain pemimpin Pakatan Harapan, kesediaan orang Melayu melakukan tsunami dalam pilihanraya kali ini juga turut memberikan keuntungan jangka pendek yang hasilnya akan dapat mereka nikmati dengan serta merta.

Ia antaranya adalah dengan penghapusan GST, kestabilan harga minyak serta pengembalian subsidi kepada beberapa barangan keperluan harian yang sebelum ini ditarik oleh Najib.


Walaupun Najib sering mengatakan penghapusan GST akan menyebabkan negara kehilangan hasil sebanyak RM42 bilion setahun, hakikatnya itulah jumlah wang daripada poket rakyat yang dirobek setiap hari sebanyak 6 peratus yang antara lain untuk membiayai kemewahan serta keborosan kerajaan dalam berbelanja.


Memang RM42 bilion adalah jumlah yang besar, tetapi apakah gunanya wang sebanyak jtu jika ia diambil daripada poket rakyat, termasuk kanak-kanak, orang tua, orang susah dan orang-orang kurang upaya?


Bagi pemimpin yang boros dan suka bermewah, jumlah RM42 bilion memang banyak jumlahnya, tetapi bagi kerajaan yang prihatin dan ingin melihat kesenangan rakyat,  ketiadaan wang sebanyak itu tidak menjadi masalah kerana ia mungkin boleh ditampung melalui banyak penjimatan atau pemotongan belanja tidak berfaedah yang lain yang selama ini sudah menjadi kebiasaan.


Natijahnya, orang Melayu harus menyambut baik dan bersama-sama dengan gelombang tsunami Melayu yang sedang digerakkan ini dan adalah merupakan suatu kerugian yang nyata jika mereka tidak sedia melakukannya. (ShahbudinHusin 01/04/2018)



Thus Article [Video PRU14 Tsunami Melayu?] Tsunami Melayu! KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN & "Kedah sah berkalih kali ini."

Itulah artikel [Video PRU14 Tsunami Melayu?] Tsunami Melayu! KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN & "Kedah sah berkalih kali ini." Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video PRU14 Tsunami Melayu?] Tsunami Melayu! KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN & "Kedah sah berkalih kali ini." dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/video-pru14-tsunami-melayu-tsunami.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video PRU14 Tsunami Melayu?] Tsunami Melayu! KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN & "Kedah sah berkalih kali ini.""

Post a Comment