[Video 'Terima kasih pada DAP setuju guna logo PKR'] Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR.

[Video 'Terima kasih pada DAP setuju guna logo PKR'] Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video 'Terima kasih pada DAP setuju guna logo PKR'] Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video 'Terima kasih pada DAP setuju guna logo PKR'] Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR.
link : [Video 'Terima kasih pada DAP setuju guna logo PKR'] Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR.

Baca juga


[Video 'Terima kasih pada DAP setuju guna logo PKR'] Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR.

Selasa, 17 April 2018

Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR

Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR

Pakatan Harapan (PH) akan tetap mengunakan satu logo dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang membabitkan empat parti dalam gabungan itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi PH itu juga berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja menolak untuk mengadakan sebarang pertemuan dengan wakil PH bagi menjelaskan penggunaan satu logo dan isu berkaitan pilihan raya,
“Kita mahu mengadakan pertemuan dengan SPR tetapi gagal dilakukan dengan pelbagai alasan diberikan suruhanjaya itu.
“Tidak ada reaksi oleh SPR untuk kita minta penjelasan mereka hanya jawab tiada masa.
“Ini bukan cara kerajaan. Sepatutnya SPR membantu melancarkan proses pilihan raya secara tertib, aman dengan cara baik. Inilah masalah yang kita hadapi.
“Jadi kita isytiharkan tetap mengunakan satu logo iaitu simbol PKR di Semenanjung.
“Calon PPBM akan bertanding sebagai calon bebas kami akan guna logo PKR. DAP,AMANAH dan PKR akan mengunakan logo PKR.
“Tidak perlu mendapat kebenaran pada SPR,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan selepas Mesyuarat mingguan Majlis Presiden di ibupejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.
Pada 5 April lalu Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta merta.
Bersatu juga tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu serta tidak dibenar melaksanakan sebarang aktiviti berkaitan parti.
Bagaimanapun dengan penggunaan satu logo calon Bersatu mahupun DAP, AMANAH yang akan bertanding hanya perlu mendapatkan watikah ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pengerusi Bersatu itu juga berkata, tidak timbul isu perlu mendapatkan kelulusan SPR untuk menggunakan logo PKR dalam PRU14.
“Dalam PRU13 lalu ada calon yang bukan ahli telah bertanding guna logo PKR tidak ada kenyataan salah atau tidak pun daripada SPR.
“Tidak pernah ada arahan dan tentangan penggunaan simbol parti oleh org lain dalam pilihan raya.
“Jadi benarlah kenyataan dibuat oleh majalah The Economist bahawa Najib akan mencuri pilihan raya kali ini,” ujarnya.
Ditanya sekiranya SPR menghalang disaat akhir mengunaan logo PKR mewakili parti pembangkang, Dr Mahathir berkata, PH mempunyai alternatif yang dirahsiakan untuk mengatasi halangan SPR terhadap penggunaan satu logo tersebut.
“Kami ada cara yang akan kami jalankan.Kami akan lawan habis habisan untuk halang perbuatan tidak ikhlas dan adil dan tidak mengikut undang-undang oleh SPR dalam pilihan raya kali ini,” ujarnya.
Pada 8 April lalu Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah yang menjelaskan kekeliruan laporan media dipetik berkata, sekiranya status pendaftaran atau logo PH tidak diluluskan oleh RoS serta lambangnya masih tidak berdaftar dengan SPR, maka ianya tidak boleh digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai bahan kempen.
Sekiranya mereka bercadang bertanding atas tiket PKR maka hanya logo parti itu sahaja yang dibenarkan diguna semasa PRU-14 untuk tujuan kempen, manakala simbol-simbol parti lain tidak boleh digunakan sebagai bahan kempen termasuk logo DAP, Amanah dan PPBM.
Mohd. Hashim berkata demikian sebagai mengulas kekeliruan berhubung isu penggunaan logo PKR oleh bakal-bakal calon daripada parti-parti lain perlu mendapat kelulusan daripada SPR seperti dilaporkan media sebelumnya.
MD.


Thus Article [Video 'Terima kasih pada DAP setuju guna logo PKR'] Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR.

Itulah artikel [Video 'Terima kasih pada DAP setuju guna logo PKR'] Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video 'Terima kasih pada DAP setuju guna logo PKR'] Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/video-terima-kasih-pada-dap-setuju-guna.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video 'Terima kasih pada DAP setuju guna logo PKR'] Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR."

Post a Comment