Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib

Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib
link : Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib

Baca juga


Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib

Alwi berkata perkhidmatan awam mesti ‘dibersihkan’.
PETALING JAYA: Bekas pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara tidak langsung menggambarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pemain utama dalam kalangan “badut dan boneka” dalam kerajaan Datuk Seri Najib Razak.
Tan Sri Alwi Jantan dalam kenyataan hari ini berkata beliau malu melihat pegawai tertinggi kerajaan menjadi “badut dan boneka” parti pemerintah.
Beliau menggesa penyingkiran dijalankan dalam perkhidmatan awam, mengatakan kerajaan baru perlu “membersihkan” perkhidmatan awam daripada “watak tidak boleh dipercayai” bagi memulihkan imej dan moral perkhidmatan awam.
“Ada juga yang bertindak melangkaui tanggungjawab apabila berkempen secara terbuka untuk mereka. Mereka mengecilkan amanah dan kesaksamaan ke tahap ketidakajujuran dan tidak bermoral,” katanya.
Beliau menambah tidak ada keperluan untuk menamakan mereka terlibat kerana perbuatan mereka mendapat liputan meluas media.
Ahli kumpulan G25 yang diterdiri daripada pesara pegawai tinggi kerajaan dan ahli akademi ini berkhidmat untuk kerajaan selama 32 tahun, bermula sebagai pegawai di Pejabat Penubuhan Persekutuan pada 1958 sehingga bersara pada 1990 sebagai ketua pengarah JPA.
Beliau tidak menyebut nama Ali Hamsa dalam kenyataannya, tetapi berkata ketua setiausaha kepada kerajaan, “sebagai ketua perkhidmatan awam, mungkin boleh menghentikan salah laku ini, tetapi beliau sendiri adalah pemain utama”.
Beliau menyeru kerajaan Pakatan Harapan “membersihkan” perkhidmatan awam daripada watak-watak seperti itu.
“Mereka bukan sahaja tercemar dan kesetiaan diragui, cara ini akan memulihkan imej dan semangat perkhidmatan awam ke tahap kemegahan dulu.” ~ Freemalaysiatoday


Thus Article Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib

Itulah artikel Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/05/bekas-pengarah-jpa-gesa-singkir-semua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib"

Post a Comment