MACMA sokong Dr. Maszlee Malik

MACMA sokong Dr. Maszlee Malik - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MACMA sokong Dr. Maszlee Malik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MACMA sokong Dr. Maszlee Malik
link : MACMA sokong Dr. Maszlee Malik

Baca juga


MACMA sokong Dr. Maszlee Malik

  Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dr. Maszlee Malik yang telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu dalam pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang ke 7, YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. YAB Tun Dr Mahathir telah membuat pilihan terbaik dengan melantik YB Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan. 

Mengkaji latar belakang pendidikan dan kerjayanya tidak dapat disangkal beliau adalah individu yang tepat sekali diberikan tanggungjawab dan amanah ini. Pengamatan kepada hasil penerbitan dan diskusi/wacana yang telah dijalankan menunjukkan beliau adalah seorang ilmuan yang mahir dalam bidang Islam, sistem politik dan urus tadbir negara. 

Tidak ada bukti yang mengaitkan beliau sebagai golongan extremis. Sebagai seorang Muslim sudah menjadi kewajipan untuk mempunyai ilmu Islam yang baik. Memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam tidak sama sekali menyebabkan seseorang dilabelkan sebagai exterimis. Islam agama universal yang mengajak manusia kepada kesederhanaan, kecemerlangan dan keseimbangan. 

 YB Dr. Maszlee Malik adalah ahli MACMA sejak tahun 2015 dan juga merupakan Penasihat MACMA Malaysia. Ibunya adalah seorang keturunan Cina. Saya telah beberapa kali bertemu dengan ibunya dan kami berkomunikasi dalam dialek Hakka. Saudara-mara sebelah ibunya adalah non Muslim. 

YB Dr. Maszlee Malik sangat menjaga hubungan keluarga sebelah ibunya walaupun mereka berlainan budaya dan agama. Keluarga YB Dr Maszlee mesti menziarahi mereka semasa Tahun Baru Cina. 

Kami masyarakat Cina Muslim Malaysia merasakan amat bertuah mempunyai Penasihat yang sangat memahami situasi kami yang masih mempunyai saudara mara yang bukan Islam dalam keluarga malah dapat melaksanakan kehidupan sebagai seorang Muslim dengan saling bertoleransi serta saling hormat menghormati dan memahami sesama kami apatah lagi dalam masyarakat majmuk Malaysia. 

 MACMA mempunyai keyakinan penuh di atas kemampuan seorang akademik teknokrat muda yang dinamik, futuristik dan sederhana seperti YB Dr. Maszlee Malik dalam melonjakkan sistem pendidikan negara ke semua peringkat. 

Ini termasuk halatuju pendidikan tinggi negara dalam pembinaan modal insan menjadi ilmuan yang holistik. MACMA juga percaya YB Dr. Maszlee Malik akan dapat meningkatkan tahap pendidikan ke semua generasi masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. 

 Sekali lagi MACMA menyatakan sokongan padu kepada YB Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi. 

Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin, FASc, FRSC, FMIC
Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia 
20 Mei 2018


Thus Article MACMA sokong Dr. Maszlee Malik

Itulah artikel MACMA sokong Dr. Maszlee Malik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MACMA sokong Dr. Maszlee Malik dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/05/macma-sokong-dr-maszlee-malik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MACMA sokong Dr. Maszlee Malik"

Post a Comment