Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar

Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar
link : Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar

Baca juga


Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar


Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Harapan akan menunaikan satu daripada 31 janji yang ditawarkan kepada rakyat Perak, iaitu pemberian air percuma kepada golongan sasaran.
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata proses perbincangan bersama pentadbiran yang berkaitan sedang dibuat, termasuk dengan Lembaga Air Perak (LAP).
“Kami dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kami laksanakan dalam masa terdekat.
“Jadi kami akan tentukan definisi yang lebih jelas mengenai kumpulan sasaran yang akan merasai nikmat pemberian air percuma itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kariah di Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Chenderiang, Tapah malam ini.
Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata tawaran tersebut akan dilaksanakan dalam 100 hari pertama, namun mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri.
Jelas beliau, pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap LAP untuk melaksanakan satu daripada manifesto Pakatan Harapan negeri itu ketika Pilihan Raya Umum ke-14.
Dalam pada itu mengulas mengenai tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Manjoi yang membantah penjualan minuman keras di sebuah pasar raya baru-baru ini, Ahmad Faizal menasihati NGO terbabit agar mengikut saluran yang disediakan dan bukannnya bertindak bersendirian bagi mengelakkan masalah lain timbul.
“Saya faham dengan sentimen dan emosi NGO itu memandangkan Kampung Manjoi merupakan Kampung Melayu terbesar dalam negara.
“Namun begitu, saya berpendapat perkara ini boleh disalurkan kepada pihak kerajaan dan boleh kita mengadakan rundingan dengan pihak pengusaha pasar raya,” katanya.

Khamis lepas, sekumpulan individu mendatangi sebuah pasar raya dan meminta pekerja premis itu berkenaan mengosongkan peti sejuk yang mengandungi minuman keras.

Menteri Besar itu yang juga Anggota Parlimen Tambun turut menasihatkan pengusaha pasar raya yang beroperasi di kawasan majoriti Melayu agar lebih sensitif dengan masyarakat sekeliling mereka.

Bernama ~ Malaysiakini


Thus Article Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar

Itulah artikel Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/05/perak-akan-laksana-air-percuma-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar"

Post a Comment