Tajuk : Shafie ke Istana Negeri untuk angkat sumpah KM baru.
link : Shafie ke Istana Negeri untuk angkat sumpah KM baru.
Shafie ke Istana Negeri untuk angkat sumpah KM baru.
Sabtu, 12 Mei 2018

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meninggalkan kediamannya di Kota Kinabalu untuk majlis angkat sumpah sebagai ketua menteri di Istana Negeri, malam ini.
Lengkap berpakaian baju Melayu hitam dan songkok, beliau bersama-sama isterinya Shuryani Shaib bertolak dengan iringan laungan "hidup Datuk" dan "hidup WARISAN" oleh penyokong yang memenuhi kediamannya.
Bagaimanapun status kerajaan negeri Sabah masih menjadi tanda-tanya memandangkan Tan Sri Musa Aman - yang telah mengangkat sumpah malam Khamis lalu - menafikan beliau meletakkan jawatan.
Musa juga berkata tiada anggota kabinet negeri yang dilantik yang telah meletakkan jawatan.
Pada Rabu lalu, WARISAN dan rakan kerjasamanya menang di 29 daripada 60 kerusi DUN - kurang dua kerusi untuk mendapat majoriti mudah.
Musa pula mendakwa beliau memiliki majoriti itu selepas merekrut dua wakil rakyat Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.
Semalam WARISAN mendakwa memiliki 35 ADUN selepas enam daripada BN membuat keputusan menyertai mereka.
Thus Article Shafie ke Istana Negeri untuk angkat sumpah KM baru.
Itulah artikel Shafie ke Istana Negeri untuk angkat sumpah KM baru. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Shafie ke Istana Negeri untuk angkat sumpah KM baru. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/05/shafie-ke-istana-negeri-untuk-angkat.html
0 Response to "Shafie ke Istana Negeri untuk angkat sumpah KM baru."
Post a Comment