Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat

Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat
link : Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat

Baca juga


Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat

Fong Kui Lun berkata, beliau mengeluarkan surat sokongan itu dengan
syarat tiada pihak lain kecuali DBKL yang boleh mengenakan sewa. 
Ahli Parlimen DAP itu berkata, beliau hanya menulis surat sokongan kepaa ahli Pemuda PPBM dan menafikan mengutip wang dari penjaja. 

 PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berkata satu-satunya alasan beliau menulis surat sokongan untuk seorang ahli Pemuda PPBM kerana mahu membantu penjaja yang tidak mempunyai lesen mendirikan gerai di bazaar Ramadan Jalan Masjid India di Kuala Lumpur. 

 Pemimpin DAP itu menafikan menerima wang daripada penjaja yang menyewa lot itu. 9 Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mempunyai kata putus terakhir untuk mengeluarkan lesen perniagaan. 

 “Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penyelewengan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

 Fong yang juga bendahari DAP berkata, beliau hanya menulis satu surat sokongan kepada DBKL selepas ahli Pemuda PPBM, Mohd Noorhisyam Abd Karim meminta bantuannya pada 5 Jun lalu. 

 Katanya, beliau mengeluarkan surat sokongan itu dengan syarat tiada sewa dikenakan oleh sesiapa, kecuali DBKL. 

 Beliau berkata demikian selepas Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd Zain dipetik The Star semalam sebagai berkata, pada mulanya mereka menolak permohonan Noorhisyam, sebelum dipaksa meluluskannya selepas menerima surat sokongan Fong. 

Noorhisyam didakwa menyalahgunakan hubungan politiknya untuk mendapatkan 80 lot bazaar dan menyewanya pada harga setinggi RM5,000 bagi 1 lot. 

 Fong berkata, beliau sudah menghubungi penjaja terbabit untuk mendapatkan penjelasan mereka dan meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung isu itu supaya menghubunginya atau membuat laporan polis. 

Katanya, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, jika menemui bukti untuk menyokong dakwaan itu~ freemalaysiatoday


Thus Article Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat

Itulah artikel Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/06/isu-lot-bazaar-saya-hanya-cuba-bantu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat"

Post a Comment