Tajuk : Pihak berkuasa Perancis susuli siasatan pembelian Scorpene
link : Pihak berkuasa Perancis susuli siasatan pembelian Scorpene
Pihak berkuasa Perancis susuli siasatan pembelian Scorpene
Bernama
![]() |
Bekas PM Najib Razak merupakan menteri pertahanan apabila perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai. |
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Perancis menerusi badan kehakimannya menjalankan usaha susulan membabitkan siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene bernilai 1 bilion euro.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perkara itu didedahkan sendiri oleh Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche dalam satu pertemuan dengan beliau di kementerian itu di Putrajaya hari ini.
Dalam makluman yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kewangan, beliau berkata ini bagaimanapun tidak melibatkan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu kerana ia di luar bidang kuasa Perancis.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan menteri pertahanan pada 2002 apabila perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai antara Perancis dan Malaysia.
“Perbincangan saya dan Duta Frederic Laplanche adalah menarik kerana menyentuh bidang kepentingan bersama yang dapat memupuk hubungan akrab rakyat kedua-dua negara.
“Malah, beliau turut memberi sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Malaysia baharu yang mempromosikan ketelusan dan pendedahan skandal kewangan dengan kebenaran dan keadilan harus dijadikan tunjang utama,” katanya.~freemalaysiatoday
Thus Article Pihak berkuasa Perancis susuli siasatan pembelian Scorpene
Itulah artikel Pihak berkuasa Perancis susuli siasatan pembelian Scorpene Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pihak berkuasa Perancis susuli siasatan pembelian Scorpene dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/06/pihak-berkuasa-perancis-susuli-siasatan.html
0 Response to "Pihak berkuasa Perancis susuli siasatan pembelian Scorpene"
Post a Comment