‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’

‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’ - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’
link : ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’

Baca juga


‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’

Hospital Putrajaya berkata, Hanipa Maidin kini dalam keadaan stabil dan pemerhatian 24 jam. 

 PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin yang rebah pada perjumpaan bulanan perdana menteri dengan warga JPM, dijangka keluar hospital esok. 

 Hospital Putrajaya (HPj) dalam satu kenyataan berkata, ahli Jawatankuasa Tertinggi Amanah itu kini dalam keadaan stabil. 

 “Beliau masih di bawah pemerhatian pihak HPj selama 24 jam dan dijangka discaj esok.” 

 Dalam kejadian 8.40 pagi tadi, Hanipa yang berdiri paling kanan dalam barisan menteri dan timbalan menteri JPM, tiba-tiba jatuh dari pentas. 

 Ahli Parlimen Sepang itu terus diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke HPj untuk rawatan lanjut. 

 Hanipa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang antara 3 timbalan menteri JPM yang baru mengangkat sumpah 2 Julai lepas.

 Pada 4 April 2016, Hanipa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas pengsan dalam persidangan Dewan Rakyat. 

 Media melaporkan Hanipa menjalani pembedahan selepas kejadian itu berikutan pendarahan otak akibat tekanan darah tinggi. ~freemalaysiatoday


Thus Article ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’

Itulah artikel ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’ dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/07/hanipa-maidin-dijangka-keluar-hospital.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’"

Post a Comment