LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit

LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit
link : LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit

Baca juga


LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit

Pengarah Syariah AMANAH Zolkharnain Abidin berkata memang tidak wajar memberi pengiktirafan kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) tetapi itu tidak bermakna hak mereka boleh dinafikan. 

Beliau membidas kecaman sesetengah pihak, termasuk pemimpin PAS, terhadap kenyataan Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung perkara itu. 

 Dalam wawancara bersama Malaysiakini beberapa hari lalu, Mujahid berkata golongan LGBT tetap mempunyai hak sebagai warga negara selagi tidak mencabar undang-undang negara. 

 "Dialog bukan bermakna menyokong. Kita tak sokong LGBT...Tetapi dengan dialog kita akan dapat banyak faedah untuk saya jelaskan pada mereka," kata Mujahid yang juga naib presiden AMANAH. 

 Zolkharnain berkata kenyataan Mujahid itu sudah jelas tetapi diputarbelitkan sesetengah pihak. 

 "Menteri sudah membuat kenyataan jelas tidak mengiktiraf LGBT, bukan seperti yang diputarbelit sebahagian pentaksub PAS yang merasakan diri mereka suci, kononnya kerajaan HARAPAN mengiktiraf mereka. 

 "Namun hak mereka sebagai warganegara dan manusia dalam batas yang tidak menimbulkan mudarat umum tidak boleh dinafikan," katanya lagi dalam kenyataan di Facebook hari ini. 

 Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebelum ini mengecam Mujahid dan menyifatkan kenyataannya sebagai pengiktirafan kepada LGBT. 

 Sama ada secara terbuka atau tertutup, kata Khairuddin, perlakuan LGBT menyalahi undang-undang negara, antaranya menurut Seksyen 377 Kanun Keseksaan mengenai 'seks luar tabii'. 

 Zolkharnain berkata, pengiktirafan - seperti di sejumlah negara Barat - antaranya bermaksud menjadikan perkahwinan mereka sah di sisi undang-undang serta mewujudkan kemudahan awam khusus untuk golongan itu. 

"Malaysia tak akan mengiktiraf LGBT kerana ia bercanggah dengan pemerintahan HARAPAN yang berpaksikan maqasid syariah," katanya. 

Sedangkan, katanya lagi, orientasi LGBT bercanggah dengan salah satu prinsip maqasid syariah iaitu memelihara keturunan dan nyawa kerana ia menyekat perkembangan keturunan dan meningkatkan risiko penyakit seksual.~ m.malaysiakini


Thus Article LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit

Itulah artikel LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/07/lgbt-kenyataan-mujahid-diputar-belit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit"

Post a Comment