PAS DISARAN TIDAK MANIPULASI RUU355, HAK KANAK-KANAK HARUS DIPERKUKUHKAN

PAS DISARAN TIDAK MANIPULASI RUU355, HAK KANAK-KANAK HARUS DIPERKUKUHKAN - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS DISARAN TIDAK MANIPULASI RUU355, HAK KANAK-KANAK HARUS DIPERKUKUHKAN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS DISARAN TIDAK MANIPULASI RUU355, HAK KANAK-KANAK HARUS DIPERKUKUHKAN
link : PAS DISARAN TIDAK MANIPULASI RUU355, HAK KANAK-KANAK HARUS DIPERKUKUHKAN

Baca juga


PAS DISARAN TIDAK MANIPULASI RUU355, HAK KANAK-KANAK HARUS DIPERKUKUHKAN

1. Saranan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mohd Nik Zawawi Salleh bahawa Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU355) perlu diluluskan bagi mengatasi isu perkahwinan bawah umur adalah satu dakwaan tidak berasas dan satu manipulasi undang-undang syariah. Ini adalah kerana isu perkahwinan bawah umur dikawal oleh Enakmen Undang-undang Keluarga Islam dan bukannya Akta 355. Akta 355 hanyalah berkaitan bidangkuasa  Mahkamah Syariah berkenaan batas hukuman undang-undang jenayah syariah yang dibataskan kepada 6 sebatan, denda RM5000 dan 3 tahun penjara. Usul RUU355 hanyalah bagi meningkatkan hukuman kepada 100 sebatan, denda RM100,000 dan penjara 30 tahun. Oleh itu, di mana relevannya RUU 355 dengan isu perkahwinan bawah umur.

2. Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) melihat isu perkahwinan bawah umur ini semakin serius dan menular tanpa kawalan. Justeru, Pemuda AMANAH menyokong penuh cadangan kerajaan untuk meningkatkan had minima perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun supaya kebajikan dan kepentingan kanak-kanak terutama dari sudut pendidikan dan kemampuan ekonomi terjamin. Hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang sempurna dan kehidupan yang baik dan adil bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi perlu diperkukuhkan selaras dengan Perkara 5 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.

3. Bagi mengatasi isu perkahwinan bawah umur, Pemuda AMANAH mencadangkan agar Enakmen Undang-undang Keluarga Islam dipinda bagi mengetatkan kebenaran permohonan pernikahan bawah umur dengan memberikan kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah dan bukannya wali, bagi menilai sesuatu permohonan dengan beberapa syarat ketat digubal dengan mengambil kira pandangan pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan atas premis kepentingan umum.

4. Kuasa wali dalam isu perkahwinan bawah umur perlu diimbangkan oleh kuasa Mahkamah Syariah yang diikat dengan peruntukan undang-undang yang lebih ketat. Wali seharusnya menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak dan bukannya menjadikan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian sesuatu masalah. 

5. Di samping itu, pindaan undang-undang yang dicadangkan ini juga mesti terpakai ke atas perkahwinan yang dijalankan di luar negeri sebelum perkahwinan disahkan oleh Mahkamah Syariah. Perkahwinan di luar negeri tidak seharusnya dijadikan jalan keluar bagi mengelak melalui proses undang-undang ini. 

6. Pemuda AMANAH berpendirian hak kanak-kanak mesti dipelihara supaya tidak wujud unsur diskriminasi, pedofilia, eksploitasi dan perhambaan di sebalik keharusan undang-undang Islam ini. Sesungguhnya, undang-undang Islam menekankan kepada prinsip keadilan dan ihsan selaras dengan firman Allah di surah AnNahl:90. Justeru, kawalan ketat atau larangan perkahwinan bawah umur tidak melanggar prinsip hukum syarak. 

FAIZ FADZIL

TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH
ADUN PERMATANG PASIR

3 JULAI 2018


Thus Article PAS DISARAN TIDAK MANIPULASI RUU355, HAK KANAK-KANAK HARUS DIPERKUKUHKAN

Itulah artikel PAS DISARAN TIDAK MANIPULASI RUU355, HAK KANAK-KANAK HARUS DIPERKUKUHKAN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS DISARAN TIDAK MANIPULASI RUU355, HAK KANAK-KANAK HARUS DIPERKUKUHKAN dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/07/pas-disaran-tidak-manipulasi-ruu355-hak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS DISARAN TIDAK MANIPULASI RUU355, HAK KANAK-KANAK HARUS DIPERKUKUHKAN"

Post a Comment