[Video Movie on 1MDB?] Amar Singh sebagai bintang filem?

[Video Movie on 1MDB?] Amar Singh sebagai bintang filem? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Movie on 1MDB?] Amar Singh sebagai bintang filem?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Movie on 1MDB?] Amar Singh sebagai bintang filem?
link : [Video Movie on 1MDB?] Amar Singh sebagai bintang filem?

Baca juga


[Video Movie on 1MDB?] Amar Singh sebagai bintang filem?

Jumaat, 28 September 2018

Amar Singh sebagai bintang filem?


Nama Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mula menjadi sebutan berikutan siasatan polis berkaitan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan serbuan di kediaman berkaitan dengannya, yang membawa kepada rampasan wang tunai dan barangan berharga dalam jumlah yang besar.
Kini pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sedang melihat prospek untuk menjadi bintang filem pula.
Sekurang-kurangnya itulah yang diperkatakannya ketika sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi, apabila sempat berjenaka ketika ditanya tentang filem berkaitan skandal 1MDB yang bakal dibikin.
Amar mencetuskan gelak ketawa wartawan yang hadir apabil berseloroh mahu memainkan peranan dalam filem itu, terutama dalam babak berkaitan serbuan polis di Pavilion Residences.
"Saya tiada komen. Saya baru mahu mula membaca (Billion Dollar Whale). Mungkin mereka perlu hubungi saya untuk berlakon bahagian serbuan di Pavilion.
"Saya tahu inilah yang anda mahu saya katakan," katanya.
Terdahulu, pelakon kelahiran Malaysia Michelle Yeoh dilaporkan akan bekerjasama dengan Ivanhoe Pictures untuk menerbitkan filem berdasarkan buku Billion Dolar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, berkenaan pendedahan skandal 1MDB dan individu yang didakwa menjadi dalangnya, Jho Low.
Buku tersebut dikarang dua wartawan Wall Street Journal (WSJ) Tom Wright dan Bradley Hope.
Seorang lagi tokoh, bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz, turut bercakap perkara sama - iaitu peranan dalam filem tersebut.
Ketika pelancaran buku itu di Kuala Lumpur Selasa lalu - yang turut dihadiri Wright - Rafidah sempat berkata: "Ada peranan untuk saya? Sebagai orang yang menemui Equanimity?"
"...Saya sedang menyelam dan jurulatih ada bersama dan dia berkata 'jangan menghala ke arah pengkalan, pergi sebelah sana' - dan Equanimity ada di sana...saya kemudian arahkan kapal dan tersergamlah Equaminity di situ.
"Saya berpusing di sekitarnya sehinggalah ada seorang yang berkata 'mereka mungkin ada teropong untuk melihat siapa yang sedang memerhati dari kapal ini'," katanya lagi.
Rafidah malah menawarkan gambar dan video asal yang dirakamnya kepada Wright dan berkata beliau tidak akan meminta bayaran untuk itu.
Kapal pesiar mewah Equanimity - berharga AS$250 juta - didakwa milik Jho Low dan dibeli daripada wang yang diselewengkan daripada 1MDB.
Mk.


Thus Article [Video Movie on 1MDB?] Amar Singh sebagai bintang filem?

Itulah artikel [Video Movie on 1MDB?] Amar Singh sebagai bintang filem? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Movie on 1MDB?] Amar Singh sebagai bintang filem? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/09/video-movie-on-1mdb-amar-singh-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[Video Movie on 1MDB?] Amar Singh sebagai bintang filem?"

Post a Comment