[Video Umno Dah Kalah, Zahid Hamidi Jangan Mimpi Nak Bergabung Dengan PH] Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir

[Video Umno Dah Kalah, Zahid Hamidi Jangan Mimpi Nak Bergabung Dengan PH] Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Umno Dah Kalah, Zahid Hamidi Jangan Mimpi Nak Bergabung Dengan PH] Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Umno Dah Kalah, Zahid Hamidi Jangan Mimpi Nak Bergabung Dengan PH] Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir
link : [Video Umno Dah Kalah, Zahid Hamidi Jangan Mimpi Nak Bergabung Dengan PH] Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir

Baca juga


[Video Umno Dah Kalah, Zahid Hamidi Jangan Mimpi Nak Bergabung Dengan PH] Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir

Jumaat, 28 September 2018

Image may contain: 3 people, text

Image may contain: 3 people, people smiling, text

Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir

Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan parti Umno, sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum Mei lepas, akan berhadapan satu kejatuhan.
Berucap pada satu majlis di sini, Rabu, Perdana Menteri Malaysia itu berkata ramai anggota parti berkenaan mengambil keputusan meninggalkan Umno kerana mereka kini tidak lagi rasa takut kepada bekas presiden parti, yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Umno kini berpecah-belah, ia hanya menuju kejatuhan. Tiada lagi masa hadapan untuk Umnokerana orang ramai secara menyeluruh bencikan Umno,” katanya pada mesyuarat dengan anggota Majlis Mengenai Hubungan Luar Amerika Syarikat.
Dr Mahathir berkata, Najib telah melemahkan kepimpinan dan malahan kedudukan dan rekod parti kerana pengaruh wang.
Jentera pentadbiran juga menjadi lemah, katanya
“Beliau menggunakan jentera pentadbiran untuk partinya, berkempen untuk partinya. Itu sepatutnya tidak dilakukan oleh mereka. Sudah semestinya mereka patut menerima arahan daripada kerajaan yang dipilih tetapi bukan untuk berkempen untuk parti. Itu bukan tugas mereka.
“Dan sekarang ini saya pula menghadapi masalah untuk mengeluarkan mereka ini, yang masih setia kepadanya,” kata Dr Mahathir.
Menjawab satu soalan, Dr Mahathir berkata, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR, akan menggantikan beliau selepas satu tempoh masa seperti janji yang dipersetujui apabila membentuk gabungan Pakatan Harapan.
“Orang ramai mulai dapat menyesuaikan diri dengan idea bahawa Perdana Menteri juga perlu diubah. Saya berada di sana selama 22 tahun (sebagai Perdana Menteri) sehinggakan orang ramai berfikiran ia tidak akan berubah.
“Tetapi kini mereka melihat beberapa Perdana Menteri telah berubah, jadi jika beliau mengambilalih, ia hanyalah satu perubahan,” kata Dr Mahathir dan menambah bahawa menyerahkan jawatan kepada Anwar selepas dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri adalah juga janji beliau.- Bernama.
MD.


Thus Article [Video Umno Dah Kalah, Zahid Hamidi Jangan Mimpi Nak Bergabung Dengan PH] Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir

Itulah artikel [Video Umno Dah Kalah, Zahid Hamidi Jangan Mimpi Nak Bergabung Dengan PH] Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Umno Dah Kalah, Zahid Hamidi Jangan Mimpi Nak Bergabung Dengan PH] Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/09/video-umno-dah-kalah-zahid-hamidi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[Video Umno Dah Kalah, Zahid Hamidi Jangan Mimpi Nak Bergabung Dengan PH] Umno menuju kejatuhan, kata Mahathir"

Post a Comment