[LIVE Parlimen 17 Oktober 2018 Sesi Pagi] Apa jasa mereka sejak jadi menteri? Kutip derma untuk Kleptokrasi (penyamun)? Hanya berlaku di Malaysia...

[LIVE Parlimen 17 Oktober 2018 Sesi Pagi] Apa jasa mereka sejak jadi menteri? Kutip derma untuk Kleptokrasi (penyamun)? Hanya berlaku di Malaysia... - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [LIVE Parlimen 17 Oktober 2018 Sesi Pagi] Apa jasa mereka sejak jadi menteri? Kutip derma untuk Kleptokrasi (penyamun)? Hanya berlaku di Malaysia..., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [LIVE Parlimen 17 Oktober 2018 Sesi Pagi] Apa jasa mereka sejak jadi menteri? Kutip derma untuk Kleptokrasi (penyamun)? Hanya berlaku di Malaysia...
link : [LIVE Parlimen 17 Oktober 2018 Sesi Pagi] Apa jasa mereka sejak jadi menteri? Kutip derma untuk Kleptokrasi (penyamun)? Hanya berlaku di Malaysia...

Baca juga


[LIVE Parlimen 17 Oktober 2018 Sesi Pagi] Apa jasa mereka sejak jadi menteri? Kutip derma untuk Kleptokrasi (penyamun)? Hanya berlaku di Malaysia...

Rabu, 17 Oktober 2018
Foto Otai BERSIH.
Kutip derma untuk Kleptokrasi (penyamun)? Hanya berlaku di Malaysia...

Apa jasa mereka sejak jadi menteri?

Hal yang hendak saya kupas ini mungkin sensitif dan menyinggung perasaan. Jadi saya mulakan dengan memohon ampun kepada sesiapa juga yang berasa tersinggung.
Ada dua aliran pemikiran dalam hal yang hendak saya bahaskan ini.
Pertama diwakili oleh seorang Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghantar pesanan WhatsApp (tolong, bukan wasap) menyatakan kejelikan melihat menteri setahun jagung (sebenarnya baru empat bulan lebih kurang) dianugerahkan bintang kehormatan (honorific title) negeri Melaka.
Kedua, seorang penggiat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga menghantar pesanan WhatsApp, menuduh langkah Parti Tindakan Demokratik (DAP) menolak bintang kehormatan sebagai “protes atas ketuanan raja-raja Melayu.”
Saya amat setuju dengan orang tua bergelar Tun itu. Gunakanlah alasan dan kayu ukur apa pun, tindakan lima menteri itu menerima bintang kehormatan negeri Melaka adalah tidak bijak.
Ia memberi gambaran bahawa tidak ada sebarang perbezaan di antara menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan para pembesar kerajaan Barisan Nasional yang gilakan pangkat, gelaran dan kekayaan.
Maaf cakaplah kalau saya katakan ramai dalam parti masing-masing belum jelas apakah jasa mereka sehingga melayakkan mereka menerima darjah kehormatan itu.
Namun begitu saya tidak menafikan ada sebahagian kecil mereka yang berjasa dan terbukti kerana lama berjuang dalam pembangkang.
Tetapi yang rakyat nilai sekarang adalah jasa dan prestasi mereka sebagai menteri kabinet HARAPAN.
Jengkel dan loya
Rakyat jelata jengkel. Perbahasan dalam media sosial jelas menunjukkan majoriti rakyat jelata tidak bersetuju malah berasa loya dengan penganugerahan dan penerimaan bintang penghormatan tersebut.
Soalnya, apakah mereka ini diberikan bintang kerana pangkat mereka besar atau jasa mereka yang besar?
Adakah bintang kehormatan diberikan kerana pangkat dan kedudukan atau jasa bakti kepada masyarakat, negeri dan negara?
Kalau kerana pangkat mereka besar, siapakah yang memberikan mereka pangkat itu?
Adakah mereka mendapat restu orang atau pihak yang memberikan mereka pangkat yang besar itu sebelum bersetuju menerima bintang kehormatan tersebut?
Kalau kerana berjasa, apakah jasa mereka yang terserlah sejak menjadi menteri?
Sebaliknya, di warung kopi pasar tani Pendang, Kedah, semalam saya mendengar rungutan rakyat jelata tentang menteri, menteri besar dan timbalan menteri HARAPAN yang tidak nampak kelibat sejak menang pilihan raya.
Mereka juga bersungut mengenai banyak masalah harian yang belum diatasi.
Mk.


Thus Article [LIVE Parlimen 17 Oktober 2018 Sesi Pagi] Apa jasa mereka sejak jadi menteri? Kutip derma untuk Kleptokrasi (penyamun)? Hanya berlaku di Malaysia...

Itulah artikel [LIVE Parlimen 17 Oktober 2018 Sesi Pagi] Apa jasa mereka sejak jadi menteri? Kutip derma untuk Kleptokrasi (penyamun)? Hanya berlaku di Malaysia... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [LIVE Parlimen 17 Oktober 2018 Sesi Pagi] Apa jasa mereka sejak jadi menteri? Kutip derma untuk Kleptokrasi (penyamun)? Hanya berlaku di Malaysia... dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/10/live-parlimen-17-oktober-2018-sesi-pagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[LIVE Parlimen 17 Oktober 2018 Sesi Pagi] Apa jasa mereka sejak jadi menteri? Kutip derma untuk Kleptokrasi (penyamun)? Hanya berlaku di Malaysia..."

Post a Comment