[Video Panggil kambing balik kandang] Najib enggan masuk kandang tertuduh 'degil'

[Video Panggil kambing balik kandang] Najib enggan masuk kandang tertuduh 'degil' - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Panggil kambing balik kandang] Najib enggan masuk kandang tertuduh 'degil', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Panggil kambing balik kandang] Najib enggan masuk kandang tertuduh 'degil'
link : [Video Panggil kambing balik kandang] Najib enggan masuk kandang tertuduh 'degil'

Baca juga


[Video Panggil kambing balik kandang] Najib enggan masuk kandang tertuduh 'degil'

Jumaat, 16 November 2018

Najib enggan masuk kandang tertuduh

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini enggan memasuki kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semasa pengurusan kes bagi 25 pertuduhan jenayah yang dihadapinya berkaitan 1MDB.
Anggota Parlimen Pekan itu dilihat duduk di kerusi di sebelah kandang tertuduh dan terus berbuat demikian walaupun diminta berpindah secara sopan oleh seorang pegawai polis bertugas atas arahan pihak pendakwaan.
Ketika dihubungi selepas prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu pemberita bahawa Najib sepatutnya memasuki kandang itu memandangkan beliau adalah tertuduh, tetapi bersikap "degil".
"Pada mulanya saya tidak menyedari bahawa dia (Najib) tidak duduk dalam kandang tertuduh, ketika saya menghadap hakim, tetapi (ketua pendakwa raya) Gopal Sri Ram melihat ketika dia berpaling dan memberitahu saya mengenainya.
"Jadi saya beritahu pegawai polis yang bertugas untuk meminta kepadanya (Najib) masuk ke dalam kandang, dan saya fikir dia telah mematuhi perintah pegawai polis itu. Hanya apabila prosiding itu hampir selesai, saya perasan bahawa dia masih tidak berbuat demikian," Kata Akram.
Katanya, polis boleh mengambil tindakan untuk memaksa Najib memasuki kandang berkenaan, tetapi atas budi bicara mereka memutuskan untuk tidak menimbulkan kekecohan kerana prosiding itu berlangsung dalam tempoh yang singkat.
Malaysiakini menghubungi peguam bela Najib, Shafee Abdullah untuk mengulas mengenai kejadian tersebut.
Sementara itu, semasa prosiding, Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menetapkan 27 November berhubung kes 1MDB yang dihadapi Najib yang akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau sebelum ini dimaklumkan oleh Sri Ram bahawa hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah bersetuju agar kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen.
Hakim Azura juga mendengar hujah Sri Ram bahawa pihak pendakwaan masih mempunyai 20 peratus dokumen bagi kes pengubahan wang haram dan 15 peratus dokumen bagi kes rasuah untuk diserahkan kepada pasukan pembelaan.
Pada 20 Sept, Najib menghadapi 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.08 bilion dan empat tuduhan salah guna kuasa bagi memperoleh RM2.28 bilion daripada 1MDB.


Thus Article [Video Panggil kambing balik kandang] Najib enggan masuk kandang tertuduh 'degil'

Itulah artikel [Video Panggil kambing balik kandang] Najib enggan masuk kandang tertuduh 'degil' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Panggil kambing balik kandang] Najib enggan masuk kandang tertuduh 'degil' dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/11/video-panggil-kambing-balik-kandang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[Video Panggil kambing balik kandang] Najib enggan masuk kandang tertuduh 'degil'"

Post a Comment