[Video Kerajaan adil beri peruntukan pada semua jenis sekolah] Anwar tegur Senator Bob Manolan & Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands

[Video Kerajaan adil beri peruntukan pada semua jenis sekolah] Anwar tegur Senator Bob Manolan & Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Kerajaan adil beri peruntukan pada semua jenis sekolah] Anwar tegur Senator Bob Manolan & Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Kerajaan adil beri peruntukan pada semua jenis sekolah] Anwar tegur Senator Bob Manolan & Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands
link : [Video Kerajaan adil beri peruntukan pada semua jenis sekolah] Anwar tegur Senator Bob Manolan & Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands

Baca juga


[Video Kerajaan adil beri peruntukan pada semua jenis sekolah] Anwar tegur Senator Bob Manolan & Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands

Jumaat, 11 Januari 2019

Anwar tegur Bob Manolan

Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa senator partinya, Bob Manolan untuk segera menjelaskan dakwaan ancaman terhadap tok batin di Cameron Highlands.
"Tiada paksaan dalam demokrasi. Bob perlu menjelaskan kenyataannya segera," katanya di Twitter hari ini.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang memetik Bob sebagai memberi amaran kepada ketua kampung Orang Asli - atau tok batin - yang mereka boleh kehilangan jawatan dan gaji jika tidak menyokong Pakatan Harapan (PH).
"Batin ini memang dibayar oleh kerajaan pusat, maka itu batin kena sokong Pakatan Harapan. Tak sokong kita buang.
"Mana-mana batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul? Jangan bayar gaji dia. Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia," katanya dalam sesi dialog dengan tok-tok Batin di kubu BN di Pos Betau, Jelai pagi ini.
mk.

Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands

Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 11 Januari 2019 (Jumaat) yang bertajuk “No salaries, posts if you don’t vote Harapan, senator warns Orang Asli chiefs”.
Laporan tersebut menyatakan bahawasanya saya berkata bahawa tok batin di Cameron Highlands akan kehilangan gaji dan jawatan mereka sekiranya mereka tidak mengundi kerajaan persekutuan pada PRK Cameron Highlands yang bakal diadakan pada 26 Januari 2019.
Merujuk kepada dialog tersebut, kenyataan sebenar saya ialah merujuk kepada peranan tok batin yang tidak seharusnya memegang jawatan dan pada masa yang sama mengambil jawatan di dalam Umno.
Tok batin yang menjalankan aktiviti politik dan partisan Umno dan pada masa sama menerima elaun daripada kerajaan persekutuan sebagai Tok Batin merupakan satu percanggahan kepentingan (conflict of interest).
Dalam keseluruhan kenyataan saya, tidak pernah saya menyatakan amaran atau ugutan yang berbunyi tiada undi tiada bayaran, ataupun “no vote, no pay”.
Pada sesi dialog tersebut, soalan yang dikemukakan oleh peserta kepada saya adalah: "Siapakah yang membayar gaji atau elaun tok-tok batin?"
Jawapan saya ialah kerajaan persekutuan yang membayar. Oleh itu kepada tok-tok batin yang masih sayang jawatan mereka sebagai ketua cawangan Umno, letak jawatan sebagai tok batin. 
Jelaskan kekeliruan
Untuk makluman, tok-tok Batin yang dilantik menteri melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berperanan untuk membawa suara Orang Asli dari kawasan masing-masing.
Adalah logik dan rasional untuk mereka sealiran dengan aspirasi dan dasar kerajaan Pakatan Harapan yang ingin membawa perkhidmatan terbaik dan perhatian khususnya isu masyarakat Orang Asli melalui agensi-agensi terbabit terutamanya JAKOA.
Dalam usaha memartabatkan demokrasi, PH mengambil langkah untuk memastikan PRK Cameron Highlands ini dapat dijalankan tanpa sebarang campur tangan kerajaan persekutuan, tidak kira dalam sebarang bentuk yang mungkin mempengaruhi pengundi.
Harus diingatkan bahawa punca berlakunya PRK Cameron Highlands ini ialah disebabkan penyelewengan dan kegiatan rasuah oleh calon BN yang memenangi kerusi parlimen ini pada pilihan raya umum ke-14.
Sehubungan itu, diharapkan bahawa dengan kenyataan media ini, ia dapat menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang ditimbul.

BOB MANOLAN MOHAMAD ialah anggota Dewan Negara.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Thus Article [Video Kerajaan adil beri peruntukan pada semua jenis sekolah] Anwar tegur Senator Bob Manolan & Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands

Itulah artikel [Video Kerajaan adil beri peruntukan pada semua jenis sekolah] Anwar tegur Senator Bob Manolan & Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Kerajaan adil beri peruntukan pada semua jenis sekolah] Anwar tegur Senator Bob Manolan & Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2019/01/video-kerajaan-adil-beri-peruntukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Kerajaan adil beri peruntukan pada semua jenis sekolah] Anwar tegur Senator Bob Manolan & Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands"

Post a Comment