Tajuk : [Video PM ke Senegal hadiri ICEA] UMNO JANGAN HIPOKRIT tentang pemberian wang dan membeli undi sewaktu pilihanraya.
link : [Video PM ke Senegal hadiri ICEA] UMNO JANGAN HIPOKRIT tentang pemberian wang dan membeli undi sewaktu pilihanraya.
[Video PM ke Senegal hadiri ICEA] UMNO JANGAN HIPOKRIT tentang pemberian wang dan membeli undi sewaktu pilihanraya.
Selasa, 15 Januari 2019UMNO JANGAN HIPOKRIT TENTANG PEMBERIAN WANG DAN MEMBELI UNDI SEWAKTU PILIHANRAYA
Begitu gegak gempita dan bagai nak runtuh langit dibuatnya apabila pemimpin-pemimpin UMNO terlihat sangat ghairah bercakap dan memberi reaksi berhubung kononnya berlaku pembelian undi dalam pilihanraya kecil Cameron Highlands ini.
Semuanya hanyalah kerana tersebarnya gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa orang yang berpakaian baju merah bertulis ‘Harapan’ sedang memberi wang kepada sekelompok penduduk yang dipercayai adalah Orang Asli.
Hanya kerana gambar tersebut, bertalu-talu pemimpin UMNO membuat dakwaan kononnya telah berlaku pemberian wang dan pembelian undi oleh Pakatan Harapan untuk memastikan kemenangan calonnya, M Manogaran.
Di media sosial juga bertali arus serangan oleh pemain media pro UMNO dan BN terhadap Pakatan Harapan berhubung hal yang sama.
Mereka secara sepakat mendesak agar siasatan segera dijalankan mengenainya.
Yang lucunya, meskipun sudah diperjelaskan bahawa pemberian wang itu adalah bayaran kepada petugas dan sukarelawan yang terlibat pada hari penamaan calon dan ia akan dimasukkan sebagai sebahagian perbelanjaan pilihanraya, pemimpin UMNO dan pemain media sosial pro parti itu masing juga enggan menerimanya.
Mereka sebaliknya masih memainkan isu kononnya berlaku pembelian undi dan perlanggaran terhadap undang-undang pilihanraya.
Kenapa mereka tidak mahu menerima penjelasan yang sudah diberikan?
Apakah UMNO dan para pemimpinnya benar-benar suci dan tidak pernah sama sekali melakukan amalan membeli undi ketika berkuasa dahulu?
Dalam hal ini, UMNO seharusnya bersikap terbuka dengan penjelasan yang sudah diberikan oleh Pakatan Harapan.
Lagi pun, takkanlah baru sehari selepas hari penamaan calon sudah mahu membeli undi?
Di mana logiknya? Bukankah pembuangan undi masih lama lagi iaitu pada 26 Januari nanti?
Selain itu, adakah logik jika itu merupakan proses membeli undi, ia harus dilakukan secara terbuka dan sesiapa boleh mengambil gambarnya?
Para pemimpin UMNO harus sedar bahawa keputusan PRU14 Cameron Highlands ini dibatalkan adalah kerana berlakunya unsur rasuah dan pembelian undi yang dilakukan oleh BN sendiri.
Jika demikian, adakah ia dilakukan secara terbuka dan selepas hari penamaan atau dengan cara sulit dan menjelang hari pembuangan undi?
Apa pun, UMNO tidak perlu hipokrit atau berlagak suci dalam hal ini. Mereka sepatutnya tahu bila dan bagaimana mahu membeli undi kerana bukanlah rahsia lagi mereka biasa melakukannya ketika berkuasa dahulu.
Menabur wang sehari selepas penamaan calon adalah kerja gila yang tidak mungkin dilakukan oleh Pakatan Harapan berikutan kejayaan menumbangkan BN dalam PRU14 baru-baru ini pun dilakukan tanpa menggunakan kuasa wang sama sekali untuk membeli undi.
Maka, apa faedahnya menabur dalam sebuah pilihanraya kecil yang tidak memberi kelebihan apa-apa kepada kedudukan sebagai kerajaan?
Begitu pun, meski UMNO tidak lagi berkuasa di peringkat Pusat, ia tidaklah juga bermakna parti itu sudah betul-betul bersih dan tidak mempunyai wang untuk membeli undi.
Tambahan lagi dengan melakukan serangan dan menuduh kononnya Pakatan Harapan yang terlibat dalam pembelian undi, ia tidak sama sekali membersihkan wajah UMNO daripada kekotoran yang pernah diamalkannya sebelum ini. (ShahbudinHusin 14/01/2019).
Thus Article [Video PM ke Senegal hadiri ICEA] UMNO JANGAN HIPOKRIT tentang pemberian wang dan membeli undi sewaktu pilihanraya.
Itulah artikel [Video PM ke Senegal hadiri ICEA] UMNO JANGAN HIPOKRIT tentang pemberian wang dan membeli undi sewaktu pilihanraya. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video PM ke Senegal hadiri ICEA] UMNO JANGAN HIPOKRIT tentang pemberian wang dan membeli undi sewaktu pilihanraya. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2019/01/video-pm-ke-senegal-hadiri-icea-umno.html
0 Response to "[Video PM ke Senegal hadiri ICEA] UMNO JANGAN HIPOKRIT tentang pemberian wang dan membeli undi sewaktu pilihanraya."
Post a Comment