[Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH.

[Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH.
link : [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH.

Baca juga


[Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH.

Sabtu, 5 Januari 2019
Image may contain: text

Jangan biar politik wang kuasai PH

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago tampil menyatakan sokongan terhadap Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendapat tentangan akar umbi dari partinya ekoran lantang menentang cadangan pemberian kontrak kepada ketua bahagian bagi tujuan politik.
Charles turut menggesa kepimpinan Pakatan Harapan menyokong Menteri Belia dan Sukan itu dalam mesyuarat yang diadakan mereka hari ini bagi membincangkan isu tersebut.
“Saya menyokong beliau (Syed Saddiq) sepenuhnya kerana kita tidak mahu politik wang menguasai Pakatan Harapan.
“Dan saya sekeras-kerasnya mengutuk usaha boikot terhadap Syed Saddiq yang digerakkan oleh pemimpin akar umbi yang tanpa segan silu memberikan alasan mereka hilang segalanya apabila meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Naib Presiden Bersatu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu minggu lalu sependapat dengan wakil Wilayah Persekutuan, Mohd Shahni Ismail, ketua bahagian Bandar Tun Razak, yang dalam ucapannya meminta kontrak dan jawatan kerajaan diberi kepada pimpinan parti.
Ia bagaimanapun mendapat tentangan Syed Saddiq yang menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal.
“Perwakilan Wilayah Persekutuan tadi, sampai berani sebut menteri yang menjanjikan (kontrak).
“Bayangkan itu boleh jadi kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mana boleh, janji (kontrak) pergi jumpa menteri. Perhimpunan UMNO pun tak berani bincang ini (kontrak), mana maruah kita,” katanya.
Charles berkata, beliau tidak ada masalah sekiranya ketua bahagian Bersatu sememangnya merupakan ahli perniagaan yang berjaya, namun mereka harus melalui proses yang telus dalam mendapatkan sebarang kontrak kerajaan.
“Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Dan jika kita tutup mata, kita tidak ada bezanya dengan Umno.
“Bagaimana kita menangani isu ini amat penting kerana rakyat sedang memerhatikan setiap gerak geri kita,” ujarnya. – Roketkini.com


Thus Article [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH.

Itulah artikel [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2019/01/video-ribut-tropika-pabuk-waspada-semua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH."

Post a Comment