Tajuk : [Video DAP BERANG MENTERI DISABOTAJ] Ini demokrasi, siapapun boleh kritik PM.
link : [Video DAP BERANG MENTERI DISABOTAJ] Ini demokrasi, siapapun boleh kritik PM.
[Video DAP BERANG MENTERI DISABOTAJ] Ini demokrasi, siapapun boleh kritik PM.
Khamis, 21 Februari 2019

TS.
Ini demokrasi, siapapun boleh kritik PM - Kadir Jasin

Dalam amalan demokrasi, sesiapa sahaja bebas menyuarakan kritikannya kepada mana-mana pihak waima Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata wartawan veteran A Kadir Jasin.
Penasihat media perdana menteri berkata demikian selepas diminta pemberita untuk mengulas kenyataan bekas Adun DAP, Dr Boo Cheng Hau baru-baru ini yang dianggap mengkritik perdana menteri.
"Demokratik! Dia tunjukkan kita siapa pun boleh kritik hingga PM. Zaman BN dulu, kalau ada MP atau Adun dari MCA atau MIC kritik Najib saya ingat sudah dipecat partinya.
"Itu hakikat bahawa seorang pemimpin DAP boleh kritik dan gesa PM letak jawatan. Itu tunjuk kita demokratik. Adakah kita terus bergaduh? Adakah kita suruh pecat yang buat kritikan tu? Tidak bukan?," kata Kadir.
Dr Boo yang juga anggota jawatankuasa DAP Johor pada 19 Februari lalu berkata mana-mana pemimpin politik terutamanya anggota Bersatu yang membelakangkan janji-janji PH dalam PRU14 lalu termasuklah Dr Mahathir digesa untuk melepaskan jawatan masing-masing.
Menjelaskan lanjut Kadir berkata masalahnya apabila masyarakat tidak dapat memahami demokrasi dan konsep hormat kepada pemimpin.
Malaysiakini.
Thus Article [Video DAP BERANG MENTERI DISABOTAJ] Ini demokrasi, siapapun boleh kritik PM.
Itulah artikel [Video DAP BERANG MENTERI DISABOTAJ] Ini demokrasi, siapapun boleh kritik PM. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video DAP BERANG MENTERI DISABOTAJ] Ini demokrasi, siapapun boleh kritik PM. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2019/02/video-dap-berang-menteri-disabotaj-ini.html
0 Response to "[Video DAP BERANG MENTERI DISABOTAJ] Ini demokrasi, siapapun boleh kritik PM."
Post a Comment