[Video Dewan riuh kerana 'orang tua' mengamuk?] Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM.

[Video Dewan riuh kerana 'orang tua' mengamuk?] Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Dewan riuh kerana 'orang tua' mengamuk?] Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Dewan riuh kerana 'orang tua' mengamuk?] Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM.
link : [Video Dewan riuh kerana 'orang tua' mengamuk?] Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM.

Baca juga


[Video Dewan riuh kerana 'orang tua' mengamuk?] Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM.

Rabu, 27 Mac 2019

KiniTV
Dewan Rakyat menjadi riuh dengan panggilan orang tua yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kasim daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk MAhfuz Omar. Kemudian Shahidan mengarahkan Mahfuz menarik balik panggilan 'orang tua' itu sekaligus menajdikan dewan riuh dengan gelak ketawa.
Imej mungkin mengandungi: 8 orang

Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM

Individu yang terlibat dalam kejadian kekecohan di seberang jalan Restoran Amjal, di pintu masuk Universiti Malaya di Kuala Lumpur ketika majlis sembang santai bersama bekas perdana menteri Najib Razak akan dikenakan pertuduhan di mahkamah tidak lama lagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata kertas siasatan mengenai kejadian itu telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara semalam dan keputusan telah dibuat.
"Pihak Polis Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan di mana 15 laporan telah dibuat dan 28 rakaman percakapan telah diambil dan siasatan telah selesai.
"Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak AG semalam dan telah dapat keputusan.Tindakan selanjutnya akan diambil untuk membuat pertuduhan terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang berkaitan," maklum beliau kepada Malaysiakini.
Mazlan berkata pihak polis merekodkan kenyataan daripada 28 individu mengenai kejadian tersebut.
Plakad karikatur sindir Najib
Kekecohan tercetus selepas penyokong Najib menghampiri enam siswa Universiti Malaya (UM) yang memegang plakad mengkritik dan menyindir bekas perdana menteri. Ini termasuklah plakad karikatur menyindir Najib berwajah badut.
Anggota Majlis Tertting Umno, Lokman Noor Adam yang mengetuai beberapa penyokongan mengoyakkan plakad karikatur berkenaan.
Ketika kekecohan, seorang lelaki mencekik pelajar UM Wong Yan Ke dari belakang dan memukulnya.
Pada suatu kenyataan kemudian, Lokman mendakwa lelaki tersebut hanya lalu di situ dan terkejut dengan tindakan siswa berkenaan.
Pemimpin Umno itu juga menyifatkan penuntut UM terbabit sebagai "penyokong DAP" yang sepatutnya berterima kasih kepada penyokong Najib yang menyelamatkannya draipada dipukul.
Seorang anggota Umno juga membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan mendakwa pelajar terbabit melakukan provokasi.
Selepas kekecohan itu, Lokman dan pemimpin akar umbi Umno mendekati dua wartawan pelatih Malaysiakini yang membuat liputan majlis sembang santai Najib itu.
Kedua-dua pemimpin Umno yang terkejut dengan laporan Malaysiakini mengenai kejadian pelajar UM dan penyokong Najib itu kemudiannya mengasari dua wartawan pelatih itu secara fizikal dan lisan.
Wartawan pelatih Malaysiakini telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Malaysiakini.


Thus Article [Video Dewan riuh kerana 'orang tua' mengamuk?] Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM.

Itulah artikel [Video Dewan riuh kerana 'orang tua' mengamuk?] Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Dewan riuh kerana 'orang tua' mengamuk?] Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2019/03/video-dewan-riuh-kerana-orang-tua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[Video Dewan riuh kerana 'orang tua' mengamuk?] Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM."

Post a Comment