[Video LANGSUNG • Perhimpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace] Solidariti damai tak perlu tunggu tragedi seperti di NZ - Pemimpin agama.

[Video LANGSUNG • Perhimpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace] Solidariti damai tak perlu tunggu tragedi seperti di NZ - Pemimpin agama. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video LANGSUNG • Perhimpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace] Solidariti damai tak perlu tunggu tragedi seperti di NZ - Pemimpin agama., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video LANGSUNG • Perhimpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace] Solidariti damai tak perlu tunggu tragedi seperti di NZ - Pemimpin agama.
link : [Video LANGSUNG • Perhimpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace] Solidariti damai tak perlu tunggu tragedi seperti di NZ - Pemimpin agama.

Baca juga


[Video LANGSUNG • Perhimpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace] Solidariti damai tak perlu tunggu tragedi seperti di NZ - Pemimpin agama.

Sabtu, 23 Mac 2019

Negara tidak perlu menunggu insiden serangan seperti di Christchurch, New Zealand untuk mengadakan himpunan kedamaian seperti hari ini, kata wakil Persatuan Kristian Malaysia, Julian Leow.
Beliau yang merupakan salah seorang wakil agama yang menyertai Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka hari ini turut sependapat dengan yang lain bahawa kedamaian iti sebaliknya bukan sahaja perlu dikekalkan, malah dieratkan lagi.
"Mesej hari ini amat jelas untuk kita semua kita berhimpun demi menyuarakan kedamaian dan keharmonian menolak keganasan dan kebencian.
"Kita sepatutnya tak perlu satu tragedi untuk menggerakkan kita himpunan seperti ini, kita harus bersatu mengekalkan keharmonian dan tali persahabatan sedia ada antara kita semua," katanya ketika berucap di himpunan itu hari ini.
Mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad pula menyifatkan kedamaian adalah punca kepada kehidupan.
Apabila ada kesatuan hati
Ini kerana baginya kedamaian itu hanya dapat terjemahkan apabila terdapatnya kesatuan hati.
"Kita inginkan kedamaian. Apabila seseorang itu cenderung kepada kedamaian, maka kamu perlu hulurkannya.
"Kedamaian adalah punca kepada kehidupan. Kedamaian dapat kita terjemahkan apabila ada kesatuan hati, " katanya.
Tragedi di NZ hasil politik kebencian, ketakutan dan kemarahan (sub-head)
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad pula menyifatkan tragedi berdarah yang menimpa dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu adalah hasil daripada politik kebencian, ketakutan dan kemarahan.
Khalid berkata Malaysia tidak akan membenarkan ada ruang bagi politik sedemikian tersemai di negara ini.
"Orang Islam selalu dijadikan sebagai mangsa politik kebencian, politik ketakutan, dan politik kemarahan.
"Apa yang berlaku di New Zealand adalah hasil corak politik seperti itu," katanya ketika berucap hari ini.
Beliau menyeru supaya rakyat Malaysia tidak menyimpan dendam dan melakukan perkara begitu atas alasan corak politik sedemikian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa pula berkata, apa yang disaksikan pada himpunan hari ini menunjukkan bahawa bahawa rakyat di negara ini memilih kedamaian.
"Hari ini bukan satu kaum, satu bangsa atau satu agama yang hadir, tetapi ia terdiri daripada semua kaum, agama dan kepercayaan.
"Kita pilih jalan kedamaian sebagai suara cintakan kedamaian, bencikan kebencian, benci fitnah suara bohong, bencikan kebencian agama, dan semua nyatakan sokongan budaya," katanya yang bergegas ke tempat himpunan dari perjalanan ke New Zealand semalam.
Pada masa sama, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan New Zealand kerana melancarkan segalanya susulan serangan tersebut tanpa ada pihak yang berpeluang menimbulkan unsur kebencian.
Himpunan yang diadakan susulan serangan di Christchurch itu berakhir sekitar jam 10.10 pagi itu menyaksikan 500 peserta yang hadir secara keseluruhan.
Suspek utama tembakan rambang Brenton Harrison Tarant, warganegara Australia yang berusia 28 tahun itu telah didakwa sehari selepas serangan dilakukan.
Majoriti mangsa serangan merupakan pendatang atau pelarian dari Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Turki, Somalia, Afghanistan dan Bangladesh.
Malaysiakini.


Thus Article [Video LANGSUNG • Perhimpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace] Solidariti damai tak perlu tunggu tragedi seperti di NZ - Pemimpin agama.

Itulah artikel [Video LANGSUNG • Perhimpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace] Solidariti damai tak perlu tunggu tragedi seperti di NZ - Pemimpin agama. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video LANGSUNG • Perhimpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace] Solidariti damai tak perlu tunggu tragedi seperti di NZ - Pemimpin agama. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2019/03/video-langsung-perhimpunan-solidariti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[Video LANGSUNG • Perhimpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace] Solidariti damai tak perlu tunggu tragedi seperti di NZ - Pemimpin agama."

Post a Comment