[Video PRK Semenyih Grand Mutakhir] BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?

[Video PRK Semenyih Grand Mutakhir] BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video PRK Semenyih Grand Mutakhir] BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video PRK Semenyih Grand Mutakhir] BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?
link : [Video PRK Semenyih Grand Mutakhir] BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?

Baca juga


[Video PRK Semenyih Grand Mutakhir] BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?

Jumaat 1 Mac 2019

BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?

Ketika Anwar Ibrahim mula-mula mendedahkan bahawa Pas telah membayar sejumlah wang kepada Sarawak Report sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian saman fitnahnya terhadap portal tersebut, beberapa pemimpin Pas tampil menafikan dakwaan itu.
Mereka senada mengatakan tiada sebarang bayaran dibuat kepada editornya, Clare Rewcastle Brown
Kemudian, apabila Anwar sekali lagi mendedahkan beliau mempunyai bukti bahawa bayaran RM1.4 juta telah dibayar kepada Clare sambil mencabar Pas agar menyamannya, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, dakwaan Presiden Anwar itu hanya bersandarkan khabar angin semata-mata.
Sehubungan itu, jelasnya, berdasarkan bukti dan dokumen yang ada padanya, beliau akan mengadakan sidang media dalam waktu terdekat untuk menyanggah dakwaan Anwar itu.
Tetapi, hanya beberapa jam selepas Takiyuddin membuat kenyataan tersebut, Clare sendiri dalam pendedahannya melalui Sarawak Report, telah mengesahkan bellau memang telah dibayar sebanyak RM1.4. juta oleh Pas.
Clare telah menunjukkan salinan cek pembayaran itu yang dibuat melalui peguam, Americk Sidhu.
Beserta salinan cek yang dipaparkannya, beliau turut mendedahkan beberapa dokumen lain sebagai menyokong bukti pembayaran yang dibuat oleh Hadi Awang kepadanya.
Menurut Clare, memang sesuatu yang lazim bayaran bagi penyelesaian itu dirahsiakan bagi mengelak pihak yang mengeluarkan wang berasa aib.
Bagaimanapun katanya, penafian yang dibuat oleh Takiyuddin berhubung pembayaran itu adalah mengelirukan, tidak benar dan melanggar perjanjian kerahsiaan yang dicapai sebelum ini.
“Hadi tidak sepatutnya membincangkan butiran bayaran penyelesaian dengan mana-mana ahli PAS sekali pun.
“Tindakan Takiyuddin mewakili Hadi menafikan adanya bayaran dibuat adalah pelanggaran dan penolakan perjanjian kerahsiaan yang sangat ketara kerana ia tidak benar.
“Justeru Sarawak Report berhak mempertimbangkan untuk keluar daripada kerahsiaan juga supaya kebenaran dapat diberitahu kepada rakyat Malaysia yang telah dikelirukan,” kata Clare lagi.
Apa lagi Pas mahu katakan selepas ini?
Ternampak Pas sekali lagi cuba berbohong sepertimana Nik Abduh tidak bercakap benar menafikan rakaman suaranya yang tersebar luas sebelum ini.
Namun, cubaan berbohong kali ini jelas tidak menjadi apabila Clare sendiri cepat-cepat tampil membuktikan satu lagi kepalsuan yang cuba dilakukan oleh Pas itu.
Sekaligus, melalui pendedahan ini Anwar telah bercakap benar apabila mendedahkan ada bayaran RM1.4 juta dibayar kepada Clare dan Sarawak Report.
Apakah Pas berani berbohong lagi selepas ini? (ShahbudinHusin 01/03/2019)


Thus Article [Video PRK Semenyih Grand Mutakhir] BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?

Itulah artikel [Video PRK Semenyih Grand Mutakhir] BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video PRK Semenyih Grand Mutakhir] BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2019/03/video-prk-semenyih-grand-mutakhir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video PRK Semenyih Grand Mutakhir] BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?"

Post a Comment