APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA?

APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA?
link : APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA?

Baca juga


APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA?

Oleh Husam Musa

Peta Google juga menunjukkan kawasan hutan yang diluluskan 

Khazanah Hutan dan Tanah Untuk Perladangan Baru Negeri Kelantan Semakin Pupus.

 Kelulusan baru sepatutnya dibuat secara tender terbuka yang telus demi untuk meningkatkan Hasil Negeri untuk faedah rakyat Kelantan. Juga dengan cara memilih syarikat yang layak dengan kemampuan kewangan yang tidak diragui bagi mengelakkan kroni dan Ali Baba mengambil kesempatan mengaut kekayaan dengan mudah atas harta rakyat.

   SUMBANG RM15 atau lebih kepada kempen kami

 Lebih penting lagi, hutan dan tanah yang semakin berkurangan ini patut diutamakan kepada rakyat jelata untuk dibangunkan oleh mereka demi meninggikan ekonomi rakyat biasa.

 Isu yang saya akan bangkitkan kali ini ialah kelulusan hutan tanah kerajaan untuk perladangan sawit seluas 5,566 ekar di Mukim Kuala Pahi, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh yang sama.

 Ia diluluskan oleh Kerajaan melalui Akademi Yakin yang belum diketahui terma-termanya, kecuali satu iaitu ‘Sayugia juga dimaklumkan kelulusan ini khusus kepada BE sahaja dan tidak boleh ditawarkan kepada pihak ketiga sebelum perjanjian ditanda tangani dengan pihak Akademi Yakin’. Akademi Yakin dipengerusikan oleh YB Ustaz Dato’ Haji Mohd Amar Bin Abdullah.

 Syarat ini terkandung dalam surat Pengurus Operasi Akademi Yakin bertarikh 3 Oktober 2016.

 Berdasarkan syarat ini, boleh difahami, selepas perjanjian ditanda tangani, syarikat-syarikat ini bebas menjual kawasan yang diluluskan kepada pihak ketiga.

  A. APA KEMAMPUAN KEWANGAN SYARIKAT?

 Satu dari syarikat ini hanya ditubuhkan pada 5 Ogos 2016 dan sembilan hari kemudian iaitu pada 14 Ogos, syarikat terus memohon untuk berusaha sama dengan Akademi Yakin. Pada 25 September 2016 iaitu 42 hari selepas permohonan itu dibuat, Jawatankuasa Teknikal Pelaburan Akademi Yakin Bil 3/206 telah secara dasar meluluskan permohonan ini.

 Semakan data-data di Suruhanjaya Syarikat menunjukkan syarikat ini tidak mempunyai apa-apa kenyataan kewangan bagi membuktikan mereka mempunyai kemampuan kewangan memajukan ladang berkenaan. Bahkan tercatit, bentuk perniagaan sebagai dormant atau syarikat yang tidak aktif sahaja.

 Satu syarikat lagi, penyata kewangannya menunjukkan kerugian selepas cukai bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM 3.7 juta.

 Syarikat ketiga yang dimiliki oleh orang yang sama ini pula hanya ditubuhkan pada 16 Mei 2016. Juga tidak mencatatkan apa-apa mengenai kewangan termasuk kemampuan kewangan.

  B. Kelulusan Ini Telah Dirancang Oleh Orang Politik Sebelum Permohonan Dibuat?

Adalah meragukan bagaimana syarikat-syarikat yang baru ditubuhkan sehari dua sebelum permohonan dibuat dengan mudahnya mendapat kelulusan sebegini besar jika ia tidak diatur dengan persetujuan pihak berkuasa terlebih dahulu.

 Dengan latar belakang syarikat yang tidak mempunyai pengalaman perladangan mahu pun kedudukan kewangan yang kuat mampu mendapat kelulusan yang besar sebegini – menimbulkan tanda tanya mengenai niat sebenar kelulusan ini dibuat.

  C. KENAPA KELULUSAN KEPADA ORANG YANG SAMA DIPECAHKAN KEPADA TIGA SYARIKAT?

 Setiap satu syarikat mendapat kelulusan seperti berikut:

a. Syarikat A : 1,478 ekar. Surat Akademi Yakin untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017.

b. Syarikat B : 2,000 ekar. Surat Akademi Yakin untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017.

c. Syarikat C : 2,088 ekar. Surat Akademi Yakin untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017.

 Jumlah keluasan untuk tiga syarikat tetapi pemiliknya sama adalah 5,566 ekar.

Timbul persoalan kenapa kelulusan ini dipecahkan kepada tiga syarikat walaupun pemiliknya adalah orang yang sama?

  D. BERAPA NILAI BALAK DALAM KAWASAN YANG DILULUSKAN?

Semakan peta Google menunjukkan kawasan 5,500 ekar Mukim Kuala Pahi, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai ini mempunyai kepadatan hutan yang tinggi.

 Berapa nilai balak-balak yang ada di sini? Bolehkah Kerajaan Pas Kelantan berlaku telus?

 Amalan biasa, syarikat yang berjaya mendapat kelulusan ladang akan diberi izin untuk menebang dan menjual balak-balak yang ada dalam kawasan mereka. Jadi, orang ini akan mendapat dua kali durian runtuh. Kali pertama, mereka menjadi kaya raya dengan balak-balak yang ada dalam kawasan mereka dan mereka mungkin terus menjual balak dan tanah ladang yang mereka peroelhi.

  E. KESAN KEPADA KAWASAN PERANGINAN BERDEKATAN

Semakan peta Google juga menunjukkan kawasan hutan yang diluluskan ini adalah termasuk dan/atau berdekatan dengan kawasan perkelahan dengan jeram atau air terjun yang cantik. Air Terjun Lata Berangin termasuk dalam kawasan yang diluluskan dan berdekatan pula dengan Hutan Lipur Lata Tembakah?

 Adakah kesan ekologi kepada tarikan semula jadi ini diambil kira?

F. WANG DIKATAKAN DIKUTIP UNTUK BAYARAN TANAH TAPAK WISMA TOK GURU

 Saya dimaklumkan secara jauh bahawa salah seorang ADUN Kelantan telah mengutip sejumlah wang dari salah seorang pengarah syarikat ini dan sebahagian wang itu telah digunakan untuk membayar tanah tapak Wisma Tok Guru.

YB Dato Husam Musa
Lak Loh, Kuala Krai
Jumaat 27 Oktober 2017 ~ sumber

Nota Kepilan :

Syarikat A : 1,478 ekar. Surat Akademi Yakin
untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017.
Syarikat B : 2,000 ekar. Surat Akademi Yakin
untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017.

Syarikat C : 2,088 ekar. Surat Akademi Yakin
untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017.


Thus Article APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA?

Itulah artikel APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/apa-asas-5500-ekar-hutan-kuala-pahi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA?"

Post a Comment