ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR

ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR
link : ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR

Baca juga


ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR


 Isu pembelian Wisma Tokguru di Salor secara senyap oleh individu yang menjadi alat kepada parti agama atau parti PDMP terjawab malam ini dari mana individu berkenaan mendapat wang sebanyak RM700,000 untuk membeli bangunan itu. Ia dikatakan ada kaitan dengan kelulusan tanah seluas 5,500 ekar di Kuala Pahi daerah Kuala Krai milik Akademi Yakin di mana Mohd Amar Nik Abdullah menjadi pengerusinya.

 Tanah itu yang diluluskan oleh kerajaan kepada Akademi Yakin itu telah dijual kepada tiga buah syarikat yang dipunyai oleh orang sama untuk dimajukan sebagai ladang komersial. Penjualan tanah berkenaan oleh Akademi Yakin itu juga tanpa tander sesuatu yang merugikan dan seolah-olah ia satu penyamuan harta negeri.

 Perkara ini didedahkan oleh Husam dalam majlis DIKEKO (dialog kedai kopi) yang berlangsung di Lakloh berakhir sekejap tadi. Majlis itu mendapat sambutan khasnya di kalangan penduduk setempat. Turut sama hadir Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Dr Samsul Adabi Mamat dan Wan Azlan.

 Menurut Husam beliau mendapat tahu ada wakil rakyat yang menerima RM700,000 hasil penjualan tanah berkenaan yang dipercayai digunakan untuk membeli Wisma Tokguru dengan tujuan memalukan Amanah.

 Sesuatu yang mengecewakan, berhampiran tanah yang dijual itu juga terdapat jeram yang menjadi kawasan perkelahan di mana ekosistem akan rosak apabila tanah itu dimajukan. Dalam tinjauan Husam ke kawasan berkenaan juga mendapati terdapat banyak kayu balak di situ.

 Dipercayai tujuan pembelian tanah berkenaan mempunyai serampang dua mata, di mana, mata utamanya syarikat berkenaan mahu mengeluarkan balak. Kelulusan tanah seluas 5,500 ekar itu kepada Akademi Yakin juga seakan ia dirancang oleh orang politik sebelum ia diluluskan. Trims. ~ sumber

Sementara itu, aktivis Syam Ghaz mendedahkan kawasan balak baru tersebut berhampiran sempadan Kelantan-Terengganu.

 Menurutnya, kerja-kerja pembalakan di kawasan tersebut dipercayai akan memusnahkan Air Terjun Lata Berangin, yang merupakan kawasan tadahan air untuk penduduk setempat akan terjejas teruk.

 Beliau gusar dan menyatakan kesal kerana akibat aktiviti tersebut, Kelantan akan hilang satu lagi destinasi pelancongan menarik selepas Air Terjun Dakota disondol kini!! 


Thus Article ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR

Itulah artikel ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/isu-pembelian-wisma-tok-guru-terbongkar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR"

Post a Comment