Bajet 2018 bajet cemerlang, kata Zahid

Bajet 2018 bajet cemerlang, kata Zahid - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bajet 2018 bajet cemerlang, kata Zahid, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bajet 2018 bajet cemerlang, kata Zahid
link : Bajet 2018 bajet cemerlang, kata Zahid

Baca juga


Bajet 2018 bajet cemerlang, kata Zahid

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji pembentangan Bajet 2018 oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi, dengan menyifatkan ia sebagai satu belanjawan cemerlang.
 
"Saya merasakan bajet ini cukup merangkumi semua segmen masyarakat secara keseluruhannya. Kali ini kepedulian diterjemah untuk melaksanakan program kepada kumpulan minoriti.
 
"Pada waktu yang sama penggalakan terhadap pelaburan swasta melebihi pelaburan awam dengan kadar 30:70 melihatkan bahawa potensi untuk mengembangkan pertumbuhan ekonomi yang baik dapat dirancang dengan keterlibatan sektor swasta," ujarnya di sidang media selepas selesai pembentangan Bajet 2018, petang tadi.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Bajet 2018 dengan tema 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukrawi Demi Mensejahtera Kehidupan bernilai RM280.25 bilion, lebih RM20 juta berbanding Bajet 2017 yang lalu.
 
Jumlah itu merangkumi RM234.5 bilion untuk pengurusan, manakala RM45.75 bilion lagi bagi belanja pembangunan.
 
Ujar Najib, kerajaan menjangkakan kutipan kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018 akan mencecah RM239.86 bilion.
  
Sektor pelaburan antaranya menjadi sektor terpenting memperkasakan ekonomi negara dengan jumlah pelaburan di dalam negara akan meningkat sehingga 6.7 peratus, bersamaan RM260 bilion, dimana sektor swasta akan menjadi sebahagian utama penggerak usaha itu.
 
Dalam masa yang sama juga Zahid berterima kasih dengan peruntukan perumahan dan pemulihan perumahan kepada anggota-anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat dan akan menamatkan perkhidmatan.
 
Ahli Parlimen Bagan Datoh itu juga tidak menolak pembentangan bajet pada hari ini berkaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
"Jika semua orang menyokong, saya rasa kita kena kerja keras dan bijak untuk mencapai kemenangan dalam PRU14. Kita kena mengikut peredaran. Kesemua kementerian dan agensi kena bekerjasama, kena terjemahkan komitmen kita menerusi Bajet 2018," ujarnya.
 
Zahid juga menyatakan rasa gembiranya dengan pujian yang diberikan Najib selepas pembentangan Bajet 2018 tadi.
 
"Secara peribadinya saya merasa teruja dengan pengiktirafan diberikan PM kepada saya sebagai seorang sahabat yang setia. Itu melebihi daripada bajet yang ada apabila adanya pernghargaan dari seorang ketua kerajaan kepada timbalannya," ujar Zahid.
 
Terdahulu Najib memuji Zahid dengan menyifatkan kejayaan negara pada hari ini adalah hasil daripada kerja secara berpasukan.
 
Zahid, juga ditanya reaksinya terhadap tindakan pembangkang mengangkat plakad sebaik sahaja selesai pembentangan Bajet 2018.
 
"Saya fikir mereka kecewa dengan bajet yang baik ini," katanya ringkas.
 
Sejurus selepas Najib selesai membentangkan bajet berkenaan, ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) dilihat mengangkat plakad bertulis 'Hapus GST' dan 'Gaji Minimum RM1,500' sebagai tanda membantah.
  



Thus Article Bajet 2018 bajet cemerlang, kata Zahid

Itulah artikel Bajet 2018 bajet cemerlang, kata Zahid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bajet 2018 bajet cemerlang, kata Zahid dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/bajet-2018-bajet-cemerlang-kata-zahid.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bajet 2018 bajet cemerlang, kata Zahid"

Post a Comment