Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500

Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500
link : Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500

Baca juga


Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500

Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani W. M. Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Khabar gembira kepada penjawat awam.
 
Kerajaan hari ini mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada golongan itu bermula tahun hadapan dengan bayaran kali pertama iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
 
"Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018, dan RM250  lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
 
Selain bayaran khas itu, Najib turut mengumumkan 12 lagi 'khabar gembira' bagi menghargai sumbangan para penjawat awam, iaitu:
 
1) Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama; 
 
2) Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan, akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib;
 
3) Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan;
 
4) Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun;
 
5) Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah;
 
6) Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang;
 
7) Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi;
 
8) Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. 
 
9) Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun;
 
10) Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house;
 
11) Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1,000  sebulan melibatkan lebih 50 ribu pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan
 
12) Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan.
 
Kesemua langkah di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.
 
 


Thus Article Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500

Itulah artikel Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/bajet-2018-penjawat-awam-dapat-rm1500.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500"

Post a Comment