Tajuk : Hasil tinjauan oleh akhbar Oriental Daily terhadap pengundi Cina
link : Hasil tinjauan oleh akhbar Oriental Daily terhadap pengundi Cina
Hasil tinjauan oleh akhbar Oriental Daily terhadap pengundi Cina
Tinjauan: Cina rela rosakkan undi dari pilih PAS atau Umno
mk - Hari ini, 7:07 pm
Satu tinjauan yang dijalankan oleh akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily mendapati sebahagian besar responden rela merosakkan undi jika mereka terpaksa memilih antara mengundi sama ada Umno atau PAS.
Daripada 14,602 responden itu, 70.97 peratus berkata mereka rela merosakkan undi jika pilihan mereka adalah hanya PAS atau Umno, manakala 15.74 peratus berkata mereka akan menyokong Umno dan 13.29 peratus pula berkata mereka akan mengundi PAS.
Kebanyakan responden (79.55 peratus) berkata "tadbir urus yang baik" adalah pertimbangan utama mereka semasa mengundi, diikuti dengan faktor ekonomi dan kesaksamaan.
Lebih 84.15 peratus responden mengharapkan kerajaan persekutuan baru selepas pilihan raya umum akan datang.
Hanya 6.47 peratus yang berharap BN akan terus berkuasa manakala hanya 4.09 peratus berharap BN akan mendapat semula majoriti dua pertiga.
Sementara itu, majoriti responden iatu 63.61 peratus memilih jawapan "tidak ada seorang pun di atas" apabila diminta memilih salah satu dari empat pemimpin Umno bagi menerajui negara.
Daripada empat pemimpin itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengetuai pek (19.69 peratus), diikuti oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (12.15 peratus) dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi paling tidak disukai (0.74 peratus).
Sementara itu, mengenai pimpinan Pakatan Harapan pula, majoriti responden memilih Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka.
Ini diikuti dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (19.74 peratus) dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (10.42 peratus).
Pengerusi Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mendapat 8.75 peratus undian, diikuti dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (6.26 peratus) dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin (1.5 peratus).
Bagi jawapan "tidak ada seorang pun di atas" seramai 14.36 peratus yang memilihnya.

Thus Article Hasil tinjauan oleh akhbar Oriental Daily terhadap pengundi Cina
Itulah artikel Hasil tinjauan oleh akhbar Oriental Daily terhadap pengundi Cina Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Hasil tinjauan oleh akhbar Oriental Daily terhadap pengundi Cina dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/hasil-tinjauan-oleh-akhbar-oriental.html
0 Response to "Hasil tinjauan oleh akhbar Oriental Daily terhadap pengundi Cina"
Post a Comment