Pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan mana ni?

Pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan mana ni? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan mana ni?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan mana ni?
link : Pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan mana ni?

Baca juga


Pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan mana ni?

PPIM: Tauke judi rasuah penguat kuasa RM15 juta sebulan
mk   -   Hari ini, 4:36 pm
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa seorang pemilik rangkaian perjudian merasuah penguatkuasa sehingga RM15 juta sebulan untuk menyembunyikan aktiviti haramnya.

Ketua aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata individu yang dikenali sebagai Alex itu menjana pendapatan sehingga RM16 juta sehari dan berselindung di sebalik rangkai restoran mewah bagi mengubah wang haram.

Menurutnya, individu berkenaan ‘membeli’ penguatkuasa dan membayar orang ‘besar’ yang melindunginya daripada sebarang tindakan undang-undang.

“Bagi mengaburi tindakan perniagaan, Alex turut menjalankan perniagaan restoran mewah terutamanya di sekitar Bukit Bintang sebagai salah satu tempat mencuci duit tersebut agar tidak dihidu pihak berkuasa.

“Nilai RM10 juta hingga RM15 juta rasuah yang diberi kepada penguat kuasa sebulan bukanlah satu nilai besar jika dibandingkan pendapatan harian lebih-lebih lagi mereka turut dilindungi pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia mendedahkan taktik sindiket perjudian bernaung di bawah mereka yang bergelar Tan Sri dan Datuk Seri serta memberi rasuah kepada agensi penguat kuasa RM15 juta sebulan bagi melindungi perniagaan mereka.

Sementara itu, Nadzim berkata PPIM sedia memberikan sebarang kerjasama kepada pihak polis dan menjadi mata dan telinga agensi keselamatan itu agar masalah perjudian haram diselesaikan.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwan­ddin Hamzah berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu menyiasat syarikat yang menjana pendapatan jutaan ringgit setiap bulan walaupun tidak mendapat sambutan.

Menurutnya, terdapat perniagaan syarikat pinjaman berlesen, kedai telefon, restoran, perabot dan sebagainya yang ditubuhkan untuk mencuci wang haram daripada bisnes perjudian bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Katanya, penglibatan pihak bergelar Tan Sri dan Datuk Seri jelas menunjukkan perniagaan tersebut mempunyai perancangan teratur dan membentuk satu kumpulan kartel dalam perniagaan judi haram.

“Perkara ini berulang kali didedahkan NGO tetapi bagaikan ada kekebalan yang melindungi sindiket judi daripada disentuh pihak berkuasa untuk diambil sebarang tindakan,” katanya.


Thus Article Pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan mana ni?

Itulah artikel Pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan mana ni? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan mana ni? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/pegawai-besar-dalam-agensi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan mana ni?"

Post a Comment