Mahkamah tetapkan 27 November dengar permohonan Tony Pua batal saman fitnah PM

Mahkamah tetapkan 27 November dengar permohonan Tony Pua batal saman fitnah PM - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahkamah tetapkan 27 November dengar permohonan Tony Pua batal saman fitnah PM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahkamah tetapkan 27 November dengar permohonan Tony Pua batal saman fitnah PM
link : Mahkamah tetapkan 27 November dengar permohonan Tony Pua batal saman fitnah PM

Baca juga


Mahkamah tetapkan 27 November dengar permohonan Tony Pua batal saman fitnah PM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 27 November untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Hakim Ahmad Zaidee Ibrahim menetapkan tarikh itu berikutan pengurusan kes hari ini. 
 
Ahmad Zaidee juga menetapkan tarikh pendengaran selama lima hari mulai 5 Mac sekiranya permohonan di dalam kamar itu dibatalkan.
 
Pua dilaporkan memohon untuk membatalkan saman itu kerana mendakwa Najib memfailkan saman atas kapasiti peribadi sebagai perdana menteri.
 
Najib, atas kapasiti peribadinya, dua tahun lalu memfailkan saman fitnah itu dengan menamakan Pua sebagai defendan pertama dan pemilik portal Mediarakyat.net, Chan Chee Kong, 52, sebagai defendan kedua berhubung isu 1MDB.
 
Najib selaku plaintif dalam pernyataan tuntutannya, berkata pada 13 November 2014, Pua, sebagai penceramah utama pada jamuan malam kutipan dana DAP, mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai 1MDB.
 
Beliau berkata rakaman ucapan itu dimuat naik oleh Chan sendiri dan atau ejennya dalam laman YouTube Mediarakyat dan laman sesawang Mediarakyat yang didakwa menggunakan tajuk berunsur fitnah.
 
Najib berkata rakaman ucapan itu mengandungi perkataan merujuk dan berkaitan dengan dirinya dan memfitnahnya serta individu dikenali sebagai ‘perdana menteri’ dan semestinya merujuk kepada diri beliau.
 
Katanya, penerbitan perkataan fitnah itu merosakkan reputasinya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.
 
 


Thus Article Mahkamah tetapkan 27 November dengar permohonan Tony Pua batal saman fitnah PM

Itulah artikel Mahkamah tetapkan 27 November dengar permohonan Tony Pua batal saman fitnah PM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahkamah tetapkan 27 November dengar permohonan Tony Pua batal saman fitnah PM dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/mahkamah-tetapkan-27-november-dengar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah tetapkan 27 November dengar permohonan Tony Pua batal saman fitnah PM"

Post a Comment