Polis Diminta Siasat Dakwaan DAP Dalang Penubuhan Republik Malaysia

Polis Diminta Siasat Dakwaan DAP Dalang Penubuhan Republik Malaysia - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis Diminta Siasat Dakwaan DAP Dalang Penubuhan Republik Malaysia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis Diminta Siasat Dakwaan DAP Dalang Penubuhan Republik Malaysia
link : Polis Diminta Siasat Dakwaan DAP Dalang Penubuhan Republik Malaysia

Baca juga


Polis Diminta Siasat Dakwaan DAP Dalang Penubuhan Republik Malaysia



KUALA LUMPUR – Polis diminta menyiasat sama ada DAP yang mengetuai Pakatan Harapan merupakan dalang bersama kepada usaha untuk menggulingkan institusi diraja dan mewujudkan Republik Malaysia selama ini.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa berkata, ia ekoran penahanan Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 semalam.

“Polis perlu melihat tindakan dan ucapan Wan Ji adalah jauh lebih berbahaya kerana ucapan beliau berbentuk menggerakkan suatu usaha untuk menggulingkan Yang Di Pertuan Agung, Sultan dan Raja Melayu bagi mewujudkan negara Republik Malaysia.

“Disamping itu tindakan kerajaan Pulau Pinang yang ditunjangi parti DAP melantik Wan Ji sebagai Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat sebagai satu muslihat untuk menyokong gerakan Wan Ji,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang ialah Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan pemimpin tertinggi gabungan parti pembangkang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Selain DAP, Pakatan Harapan dibarisi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Wan Ji yang juga aktivis PKR ditahan polis semalam dipercayai berkaitan rakaman video yang tersebar tentang rancangan beliau untuk menghapuskan institusi diraja dan mewujudkan Republik Malaysia.

Antara pelan beliau seperti yang terkandung dalam rakaman itu adalah menggunakan kaedah psikologi untuk mempengaruhi minda rakyat dengan menyebarkan luaskan perkataan kesat sultan sebagai ‘setan’.

Beliau seterusnya merancang supaya seorang orang awam ditahan polis kerana didakwa menghina sultan dan kemudian meraih simpati rakyat keatasnya.

Sehubungan itu, Zambri berkata, GPMS mendesak polis menyiasat Wan Ji di bawah Seksyen 121B Bab VI Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membolehkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau dikenali SOSMA Act diguna pakai.

“GPMS mendesak polis mengguna pakai undang-undang yang lebih tegas seperti supaya perbuatan ini dapat dibendung dan dicegah daripada terus menular dalam kalangan masyarakat khususnya kepada generasi muda,” katanya. – MYNEWSHUB.CC




Thus Article Polis Diminta Siasat Dakwaan DAP Dalang Penubuhan Republik Malaysia

Itulah artikel Polis Diminta Siasat Dakwaan DAP Dalang Penubuhan Republik Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis Diminta Siasat Dakwaan DAP Dalang Penubuhan Republik Malaysia dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/polis-diminta-siasat-dakwaan-dap-dalang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Diminta Siasat Dakwaan DAP Dalang Penubuhan Republik Malaysia"

Post a Comment