Memori minum arak di Malaysia…

Memori minum arak di Malaysia… - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Memori minum arak di Malaysia…, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Memori minum arak di Malaysia…
link : Memori minum arak di Malaysia…

Baca juga


Memori minum arak di Malaysia…

Oleh USTAZ HALIM HAFIDZ

 

SEMUA sedia maklum, kita tak boleh larang bukan muslim minum arak. Malah ada yang anggap ia sebagai salah satu budaya mereka. Dalam majlis perkahwinan, keraian dan pelbagai acara, arak bagaikan menu wajib.

Tapi harus diingatkan, arak bukanlah minuman yang bagus. Tanyalah sesiapa pun. Tiada siapa yang tampil kata arak bagus untuk kesihatan dan sebagainya.

Kalau mahu cepat jahanamkan jantung dan buah pinggang, minum arak adalah cara terbaik.

Kalau nak rosakkan otak dan sel-selnya, arak jugalah ‘penawarnya’. Kalau nak cepat mati pucuk, arak jugalah yang patut didahulukan.

Agama Islam melarang keras pengambilan ‘kencing syaitan’ ini. Sehingga Nabi s.a.w. pernah memberi pedoman bahawa sesungguhnya arak itu adalah ibu kejahatan.

Minuman ketagih itu boleh menyebabkan berlaku pergaduhan, kerosakan akh lak dan membangkit sifat naik angin.

Kemalangan juga sering berlaku akibat mabuk. Kalau sendiri yang maut tidak mengapalah. Tetapi selalunya yang tak berdosa pun menjadi mangsa korban.

Namun seperti yang saya sebutkan di atas, larangan minum arak hanya terpakai kepada orang Islam.
Yang bukan beragama Islam bebas meminumnya. Asalkan tidak menyusahkan orang lain, tidak mengundang bahaya dan tidak dilakukan secara terbuka di khalayak umum.

Masalahnya, pesta-pesta arak yang dibuat juga melibatkan pengunjungpe ngunjung Muslim.
Walaupun ada peruntukan undang-undang untuk menyekatnya, tetapi berkuatkuasakah?

Tanda akhir zaman Antara tanda-tanda akhir zaman ialah apabila arak berleluasa dan mudah didapati. Kalau tak dicegah, jangan menyesal jika bala Allah menimpa.

Kalaulah nak tarik pelancong sebagai alasan untuk menghalalkan pesta arak, ini bermakna kita reda untuk jadikan arak sebahagian dari memori ‘indah mempersona’ mereka semasa mereka di sini, Malaysia...

Maka akan keluarlah dia log seumpama ini, “hey, ingat tak semasa kita di Malaysia, kita minum arak sepuas-puasnya sampai tak ingat dunia. Wah, sesungguhnya saya rindu suasana girang semasa minum arak di Malaysia!” (sila baca mengikut nada terjemah).

Kita mahu pelancong pulang bawa kenangan indah seperti keindahan flora dan fauna, budaya timur yang kontemporari, kemesraan rakyat dan keharmonian negara. Bukan arak!

Kita nak promosikan cendera hati kreatif buatan tempatan, makanan lazat yang menyelerakan, dan semua yang baik-baik.

Bukan kenangan bersama arak!

Kepada yang beragama Islam, ingatlah, minum arak adalah antara dosa- dosa besar. Termasuk dalam kesalahan Hudud.

Menghidangnya juga berdosa besar, walaupun tak minum. Sila jauhi arak. Jika degil, sila meninggal.
Kepada yang bukan ber agama Islam, silakan memilih untuk teruskan atau tinggalkan. Itu hak anda. Galakan pun bukan, lara ngan pun tidak. Terpulang.

Tapi kalau nak minum pun, janganlah sampai berpesta. Bukankah Islam agama rasmi di negara ini.

Adoi...
#SantaiTapiSampai
#SantaiTapiBantai



Thus Article Memori minum arak di Malaysia…

Itulah artikel Memori minum arak di Malaysia… Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Memori minum arak di Malaysia… dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/memori-minum-arak-di-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Memori minum arak di Malaysia…"

Post a Comment