[Video Najib Dibidas Kerana Ugut Kakitangan Awam] Annuar Musa hanya cuba umpan PAS dengan RUU355 & Pas pula tidak menyerang perasuah.

[Video Najib Dibidas Kerana Ugut Kakitangan Awam] Annuar Musa hanya cuba umpan PAS dengan RUU355 & Pas pula tidak menyerang perasuah. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Najib Dibidas Kerana Ugut Kakitangan Awam] Annuar Musa hanya cuba umpan PAS dengan RUU355 & Pas pula tidak menyerang perasuah., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Najib Dibidas Kerana Ugut Kakitangan Awam] Annuar Musa hanya cuba umpan PAS dengan RUU355 & Pas pula tidak menyerang perasuah.
link : [Video Najib Dibidas Kerana Ugut Kakitangan Awam] Annuar Musa hanya cuba umpan PAS dengan RUU355 & Pas pula tidak menyerang perasuah.

Baca juga


[Video Najib Dibidas Kerana Ugut Kakitangan Awam] Annuar Musa hanya cuba umpan PAS dengan RUU355 & Pas pula tidak menyerang perasuah.

Isnin, 9 Oktober 2017

Image result for Foto Hapus Kleptokrasi

Annuar hanya cuba umpan PAS dengan RUU355, kata Saifuddin Nasution 

 Annuar hanya cuba umpan PAS dengan RUU355, kata Saifuddin Nasutionย 
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata dalam ramai pemimpin Umno hanya Annuar Musa sahaja yang membangkitkan isu RUU355. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Oktober, 2017.

KENYATAAN Ketua Penerangan Umno Annuar Musa baru-baru ini berhubung kerjasama dengan PAS untuk "mencari titik persamaan" seperti pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 hanya tawaran umpan kepada parti Islam itu, kata pemimpin PKR. 
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana dalam realitinya, Umno tidak serius dalam isu RUU355 untuk pindaan bagi memberi Mahkamah Syariah mengenakan hukuman yang lebih berat.
"Dalam ramai pemimpin Umno, hanya seorang yang serius tentang kerjasama PAS-Umno adalah Annuar Musa. Beliau menunjukkan minat dalam isu ini.
"Beliau merupakan pemimpin veteran yang memahami psikologi PAS, jadi beliau mainkan isu RUU355. Namun kedudukan Umno dalam hal ini ialah tidak melaksanakannya," katanya kepada The Malaysian Insight. 
Memetik kronologi peristiwa berkenaan pindaan RUU355 yang dicadangkan, Saifuddin berkata Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan mengisytiharkan tahun lepas bahawa Umno bersedia untuk bekerjasama dengan PAS mengenai perkara itu.
"Ketika itu, Najib berkata PAS hanya perlu membentangkan usul dan kerajaan akan meneruskannya dari situ. Itu tahun lepas.
"Awal tahun ini, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata kerajaan persekutuan tidak akan bentangkan atau mengambil alih usul RUU355 daripada PAS. Annuar sebagai ketua penerangan Umno sedar perkara ini. 
 
"Baginya untuk bercakap tentang ta'awun dan membangkitkan RUU355 lagi, Annuar hanya mengumpan parti Islam itu, mengumpan untuk PAS percaya bahawa Umno serius dalam pindaan RUU355," katanya.
Annuar pada malam Sabtu lalu dilaporkan berkata menerusi konsep "ta'awun" (kerjasama) dengan PAS, banyak perkara yang boleh dicapai termasuk pindaan RUU355.
Bernama melaporkan, Annuar berkata Umno sedia untuk bekerjasama dengan PAS dalam pindaan RUU355, walaupun kedua-dua parti itu masih tidak dapat berkompromi dalam perkara lain. Kenyataan Annuar mengundang pelbagai kritikan di media sosial dan juga pemimpin BN di Sabah dan Sarawak.
Selasa lalu dalam satu dialog yang dihadiri ahli Umno dan penyokongnya di Pulau Pinang, Annuar turut membayangkan Umno akan mewujudkan "kerjasama lebih erat" kerana pilihan raya umum semakin hampir, kerana kedua-dua parti itu "berkongsi DNA yang sama", mempunyai matlamat yang sama dalam perjuangan mereka dan mereka boleh bekerja bersama.
Saifuddin berkata, Umno perlu hentikan menyatakan bahawa BN mempunyai hubungan "baik" dengan PAS, apabila 50 ahli PAS di Pasir Mas, Kelantan keluar parti dan masuk Umno minggu lalu. 
Beliau merujuk kepada laporan bahawa 50 ahli PAS dari Tendong kecewa dengan parti Islam itu, dan menghantar permohonan kepada Ketua Umno Kelantan Mustapha Mohamed Jumaat lalu.  
"Di mana keikhlasan (dalam kerjasama) apabila ada ahli PAS sertai Umno beramai-ramai?" kata Saifuddin. 
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat perlu berfikir dengan baik sama ada mereka mahu sokong PAS yang menjadi hampr sama dengan Umno, atau Pakatan Harapan. 
"Terpulang kepada rakyat untuk memilih antara PAS yang semakin sama dnegan Umno atau pembangkang yang merupakan alternatif kepada BN," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang ketika mengulas berhubung kenyataan Annuar. 
Lim yang juga timbalan presiden PH dan ketua menteri Pulau Pinang berkata, berdasarkan kenyataan Annuar, boleh jadi benar kedua-dua parti berasaskan Melayu itu mempunyai persefahaman. 
Katanya, Hadi tidak menyerang Umno, tetapi semakin "bermusuh" dengan bekas sekutunya dalam pembangkang. 
"PAS tidak menyerang rasuah, namun ia dipersoalkan apabila bermusuh dengan parti pembangkang dan juga masyarakat bukan Islam," katanya. – 9 Oktober, 2017.



Thus Article [Video Najib Dibidas Kerana Ugut Kakitangan Awam] Annuar Musa hanya cuba umpan PAS dengan RUU355 & Pas pula tidak menyerang perasuah.

Itulah artikel [Video Najib Dibidas Kerana Ugut Kakitangan Awam] Annuar Musa hanya cuba umpan PAS dengan RUU355 & Pas pula tidak menyerang perasuah. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Najib Dibidas Kerana Ugut Kakitangan Awam] Annuar Musa hanya cuba umpan PAS dengan RUU355 & Pas pula tidak menyerang perasuah. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/video-najib-dibidas-kerana-ugut.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Najib Dibidas Kerana Ugut Kakitangan Awam] Annuar Musa hanya cuba umpan PAS dengan RUU355 & Pas pula tidak menyerang perasuah."

Post a Comment