Perwakilan DAP bantah firma audit AS kendali pemilihan semula CEC

Perwakilan DAP bantah firma audit AS kendali pemilihan semula CEC - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perwakilan DAP bantah firma audit AS kendali pemilihan semula CEC, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perwakilan DAP bantah firma audit AS kendali pemilihan semula CEC
link : Perwakilan DAP bantah firma audit AS kendali pemilihan semula CEC

Baca juga


Perwakilan DAP bantah firma audit AS kendali pemilihan semula CEC

 
G Asoghan mempersoalkan mengapa DAP melantik sebuah firma audit bebas AS sedangkan Malaysia terdapat banyak firma audit bertauliah selain ia akan melibatkan kos pembayaran yang tinggi.


G-Asoghan

BUTTERWORTH: Ahli perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu membantah pelantikan Grant Thornton, sebuah firma audit bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat mengendalikan proses pemilihan semula parti itu.

Bekas pengerusi DAP cawangan Bagan Luar G Asoghan mempersoalkan mengapa DAP melantik sebuah firma audit bebas di Amerika Syarikat sedangkan di Malaysia terdapat banyak firma audit bertauliah selain ia akan melibatkan kos pembayaran yang tinggi.

“Parti DAP ini di Malaysia bukannya di Amerika Syarikat. Jadi, mengapa melantik firma audit yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Di Malaysia ada banyak firma audit. Kita tidak mahu firma audit dari Amerika Syarikat ini. Firma audit ini siapa yang pilih? Jika DAP yang pilih kami ahli dan perwakilan membantah pelantikan ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sabtu lepas, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bersetuju dengan pelantikan Grant Thornton oleh DAP bagi mengendalikan proses pemilihan semula CEC parti itu yang dijangka pada 12 November ini.

Asoghan berkata sebelum ini pihaknya ada mengemukakan cadangan beberapa buah firma audit bebas seperti Deloitte, Pricewaterhouse Coopers dan Ernst & Young untuk pertimbangan parti itu.
 “Perwakilan juga ada kuasa memilih firma audit bebas bagi mengendalikan pemilihan semula CEC parti. Mereka (DAP) mesti faham kami mahu pemilihan yang telus,” katanya.

Sementara itu, Asoghan sekali lagi menggesa DAP kemukakan senarai penuh nama 2,576 ahli perwakilan yang layak mengundi berserta nombor kad pengenalan mereka untuk disiarkan dalam akhbar pelbagai bahasa.

Beliau berkata sehingga hari ini pihaknya masih menunggu jawapan daripada DAP mempamerkan senarai nama perwakilan dari cawangan dan negeri termasuk firma bebas yang dilantik oleh parti itu.

“Kami ahli dan perwakilan hanya hendak DAP ikut arahan RoS pada pemilihan tahun 2012. Kami mahu DAP memberitahu kami tarikh, tempat, senarai calon CEC, senarai perwakilan sah mengikut 865 cawangan dan 2,576 anggota perwakilan pada 2012.

“DAP sudah banyak buang masa dan menuding jari kepada RoS. Adakah DAP sengaja hendak memperbodohkan rakyat Malaysia ke atas kesalahan sendiri?” katanya.



Thus Article Perwakilan DAP bantah firma audit AS kendali pemilihan semula CEC

Itulah artikel Perwakilan DAP bantah firma audit AS kendali pemilihan semula CEC Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perwakilan DAP bantah firma audit AS kendali pemilihan semula CEC dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/perwakilan-dap-bantah-firma-audit-as.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perwakilan DAP bantah firma audit AS kendali pemilihan semula CEC"

Post a Comment