Tajuk : PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM
link : PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM
PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM
ANTARAPOSPUCHONG: Pakatan Harapan (PH) sentiasa terbuka dengan mana-mana parti untuk berbincang mengenai agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Naib Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tentang siapa yang mengambil langkah pertama itu bukanlah satu isu yang perlu diperbesarkan.
"Tidak perlu bertanya siapakah patut mulakan. Yang paling penting, jika kedua-dua pihak bersetuju (untuk berbincang), itu adalah perkembangan positif," kata menteri besar Selangor kepada pemberita di Bandar Kinrara, Puchong, hari ini.
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, berkata demikian apabila ditanya sama ada Parti Sosialis Malaysia (PSM) sepatutnya menemui PH untuk perbincangan mengenai rundingan kerusi, atau sebaliknya dalam memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
Anggota jawatankuasa pusat PSM S Arutchelvan semalam mendakwa bahawa PH, sejak pembentukannya, belum lagi mendekati partinya untuk sebarang rundingan menjelang PRU14.
Arutchelvan berkata demikian dalam sidang media di mana beliau diumumkan sebagai calon PSM untuk kerusi Parlimen Hulu Langat, bersama dengan pendatang baru Nik Aziz Afiq sebagai calon kerusi DUN Semenyih.
Pada masa yang sama, PSM dalam kenyataan akhbarnya menyatakan bahawa ia "bersedia untuk pakatan atau kerjasama pilihan raya di kawasan di mana parti itu bertanding bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru."
Azmin, yang mengakui hak PSM untuk meletakkan calonnya, juga mengulangi kesediaan PH untuk berbincang dengan mana-mana parti yang berkongsi aspirasi untuk perubahan.
Thus Article PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM
Itulah artikel PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/ph-terbuka-bincang-agihan-kerusi-dengan.html
0 Response to "PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM"
Post a Comment