Shafie ditahan SPRM dan dimasukkan ke hospital malam tadi

Shafie ditahan SPRM dan dimasukkan ke hospital malam tadi - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Shafie ditahan SPRM dan dimasukkan ke hospital malam tadi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Shafie ditahan SPRM dan dimasukkan ke hospital malam tadi
link : Shafie ditahan SPRM dan dimasukkan ke hospital malam tadi

Baca juga


Shafie ditahan SPRM dan dimasukkan ke hospital malam tadi

Shafie dimasukkan ke hospital selepas ditahan SPRM
mk   -   Hari ini, 10:06 am
Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dimasukkan ke hospital malam tadi ekoran tekanan darah tinggi selepas disoal siasat dan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tekanan darahnya sangat tinggi.

"Itu sebabnya beliau dimasukkan ke hospital, walaupun pegawai SPRM cuba untuk menahannya di lokap ibupejabat polis Kepayan, yang mana kami membantahnya," kata Naib Presiden Warisan Junz Wong kepada Malaysiakini.

Shafie ditahan SPRM sekitar jam 9 malam tadi, selepas lebih empat jam hadir untuk disoal siasat di pejabat suruhanjaya itu di Kota Kinabalu semalam.

Bagaimanapun, pemeriksaan kesihatan kemudiannya mendapati tekanan darahnya tinggi

Wong mendakwa satu pertengkaran berlaku antara peguam Shafie dan pegawai SPRM berhubung keadaan itu.

"Akhirnya, beliau dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II," katanya.

Shafie dimasukkan ke hospital itu sekitar pukul 11 ​​malam, kata Wong, sambil menambah bahawa keadaan ahli politik yang berusia 60 tahun itu lebih baik tetapi masih lemah pada malam tadi.

Shafie Apdal ditahan SPRM
mk   -   19 Oct 2017, 10:31 pm
Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditangkap sekitar jam 9 malam tadi, lebih dari empat jam selepas beliau hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu bagi merekod kenyataan beliau, lapor akhbar tempatan.

Awal hari ini, Anggota Parlimen Semporna itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah dan terus ke pejabat SPRM bersama para peguamnya.

SPRM telah cuba merekod kenyataan beliau berhubung dakwaan penyelewengan paling kurang RM1.5 bilion daripada dana pembangunan untuk negeri Sabah.

Manakala Timbalan Presiden WARISAN Darell Leiking memberitahu Malaysiakini SPRM telah menahan seorang lagi anggota parti itu hari ini.
Darell (gambar kiri) berkata parti itu juga mendapat tahu wakil media WARISAN Amarjit Singh ditangkap berdasarkan maklumat daripada keluarganya.

"Kami tidak tahu kenapa atau bagaimana beliau ditangkap," kata Darrel.

Angka RM1.5 bilion yang didakwa diseleweng dilaporkan datang daripada jumlah keseluruhan peruntukan dana sebanyak RM7.5 bilion untuk projek luar bandar di Sabah selama enam tahun.

SPRM sedang menyiasat 60 buah syarikat yang diberikan projek-projek untuk bekalan air, elektrik dan membina jalan raya bagi membantu rakyat luar bandar Sabah.

Kes ini dikaitkan dengan presiden WARISAN Shafie Apdal yang menjawat menteri pembangunan wilayah dan luar bandar dari tahun 2009 ke 2015.

Bagaimanapun, Shafie menafikan terlibat dalam sebarang salah laku berhubung dakwaan itu.


Thus Article Shafie ditahan SPRM dan dimasukkan ke hospital malam tadi

Itulah artikel Shafie ditahan SPRM dan dimasukkan ke hospital malam tadi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Shafie ditahan SPRM dan dimasukkan ke hospital malam tadi dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/shafie-ditahan-sprm-dan-dimasukkan-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Shafie ditahan SPRM dan dimasukkan ke hospital malam tadi"

Post a Comment