26 maut ditembak di gereja di Texas

26 maut ditembak di gereja di Texas - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 26 maut ditembak di gereja di Texas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 26 maut ditembak di gereja di Texas
link : 26 maut ditembak di gereja di Texas

Baca juga


26 maut ditembak di gereja di Texas

Tragedi berdarah gereja di Texas, 26 maut ditembak
TMI · Diterbitkan pada 6 Nov 2017 9:03AM 
Polis berkawal di kawasan Gereja First Baptist di Sutherland Springs, Texas selepas kejadian tembakan rambang menyebabkan 26 terbunuh. – Gambar AFP, 6 November, 2017.

SEORANG lelaki bersenjata berpakaian hitam menembak secara rambang di sebuah gereja di bandar kecil di Texas ketika upacara keagamaan pada pagi Ahad menyebabkan 26 maut dan 20 yang lain cedera.

Pihak berkuasa tidak mengenal pasti penembak berkenaan, tetapi berkata dia seorang “pemuda kulit putih, mungkin berusia awal 20-an” yang memakai jaket kalis peluru dan ditemui mati di dalam kenderaannya selepas dikerumuni penduduk tempatan.

Gabenor Greg Abbott berkata jumlah kematian mungkin meningkat.

“Sebanyak 26 nyawa terkorban. Kita tidak tahu adakah jumlah itu akan meningkat atau tidak, apa yang kita tahu jumlahnya terlalu ramai,” katanya.

Tepat lima minggu selepas kejadian tembakan rambang terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), tragedi terbaru ini mengundang ribuan ucapan takziah kepada keluarga terlibat, termasuk daripada Presiden Donald Trump.

Mangsa berusia antara lima hingga 72 tahun ditembak di Gereja First Baptist di Sutherland Springs, kawasan luar bandar dengan populasi 400 orang, terletak kira-kira 50km dari tenggara San Antonio.

Penyerang itu menembak di luar gereja sebelum memasuki bangunan itu dan terus menembak, kata pengarah serantau Jabatan Keselamatan Awam Texas Freeman Martin.

“Ketika dia keluar dari gereja, seorang penduduk tempatan merampas senapangnya dan cuba menangkap suspek.

“Suspek kemudian menjatuhkan senapang, dan melarikan diri dari gereja. Penduduk tempatan mengejarnya,” kata Martin.

Pihak berkuasa kemudian menemui suspek mati di dalam keretanya yang terbabit dalam kemalangan di Wilson-Guadalupe. Tidak dapat dipastikan sama ada dia membunuh diri atau ditembak oleh penduduk tempatan yang mengejarnya.

Media AS mengenal pasti penembak sebagai bekas tentera berusia 26 tahun yang berdepan perbicaraan di mahkamah tentera dan disingkirkan daripada pasukan tentera udara. – AFP, 6 November, 2017.
 
 
 



Thus Article 26 maut ditembak di gereja di Texas

Itulah artikel 26 maut ditembak di gereja di Texas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 26 maut ditembak di gereja di Texas dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/26-maut-ditembak-di-gereja-di-texas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "26 maut ditembak di gereja di Texas"

Post a Comment