Senarai nama antara orang kaya Saudi yang ditahan

Senarai nama antara orang kaya Saudi yang ditahan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Senarai nama antara orang kaya Saudi yang ditahan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Senarai nama antara orang kaya Saudi yang ditahan
link : Senarai nama antara orang kaya Saudi yang ditahan

Baca juga


Senarai nama antara orang kaya Saudi yang ditahan

Ini antara orang kaya Saudi yang kini ditahan di Ritz Carlton

  | November 6, 2017
Antara puluhan putera dan ahli perniagaan yang ditahan termasuk golongan yang mempunyai pengaruh besar dalam sistem politik dan ekonomi Arab Saudi.
PETALING JAYA: Hujung minggu lalu, pasukan keselamatan Arab Saudi mengepung kediaman beberapa ahli kerabat diraja dalam apa yang dilaporkan sebagai usaha Putera Mahkota Mohammed bin Salman memerangi rasuah.
Beberapa kerabat diraja dan ahli perniagaan negara itu kini ditahan di Hotel Ritz Carlton di Riyadh.
Hanya beberapa minggu sebelum itu, hotel tersebut menjadi tuan rumah pelabur terkemuka dari seluruh dunia, di sebalik usaha Salman melakar ekonomi Arab Saudi tanpa bergantung kepada minyak.
Seramai 11 putera ditahan, di samping 4 menteri dan berpuluh bekas menteri. Antaranya ialah Abdullah al-Sultan, panglima tentera udara Saudi, dan bekas ketua pengarah syarikat penerbangan Saudia, Khalid al-Mulheim.
Berikut sebahagian yang ditahan.
Putera Waleed bin Talal
Terkenal dengan gaya hidupnya yang mewah dan juga sifat “dermawan”, Waleed merupakan cucu raja Saudi yang pertama, Ibn Saud dan juga cucu kepada perdana menteri pertama Lubnan, Riad al Solh.
Kekayaannya bernilai AS$18 bilion, dan beliau memegang saham dalam Newscorp, Citigroup, 21st Century Fox dan Twitter. 
Pada 2015, Talal dikritik kerana mahu membeli kereta Bentley untuk juruterbang Saudi yang melakukan serangan ke atas Yaman.
Putera Miteb bin Abdullah
Miteb bin Abdullah mengetuai pasukan elit Pengawal Kebangsaan, dan merupakan anak Raja Abdullah.
Kepentingan perniagaannya termasuk Hotel de Crillon di tengah bandar raya Paris yang bernilai AS$354 juta.
Bakr bin Laden
Bakr bin Laden ialah pengerusi Kumpulan Saudi Bin Laden, syarikat pemaju terbesar di Arab Saudi. Beliau kerap diberi jolokan penguasa sebenar Jeddah. Bakr merupakan abang Osama bin Laden, ketua Al Qaeda.
Khalid al-Tuwaijri
Khalid al-Tuwaijri merupakan individu bukan dari kerabat raja yang paling berkuasa di Arab Saudi. Beliau dikatakan mempunyai ramai musuh, dan berkuasa menentukan siapa yang boleh menghadap Raja Abdullah. Beliau antara yang terlibat membantu tentera Mesir menjatuhkan Presiden Mohammed Morsi, dan menghantar tentera ke Bahrain bagi menghapuskan pemberontakan rakyat di negara kecil itu.
Saleh Kamel
Dengan nilai kekayaan lebih AS$2 bilion menurut Forbes, Saleh Kamel ialah pengerusi Kumpulan Dallah al Barakah, antara konglomerat terbesar di Timur Tengah. Beliau terkenal dalam mempelopori industri kewangan Islam, dan menggalakkan pertumbuhan perbankan Islam di seluruh dunia. Anaknya baru-baru ini menyumbang AS$10 juta kepada Universiti Yale di Amerika Syarikat untuk menumbuhkan sebuah institut perundangan Islam.
Alwaleed al-Ibrahim
Alwaleed al-Ibrahim ialah ketua pegawai eksekutif MBC, syarikat penyiaran komersial yang paling berjaya di Timur Tengah. Beliau juga melancarkan Al-Arabiya pada 2003 dalam usaha menyaingi badan penyiaran Al-Jazeera yang berpusat di Qatar.


Thus Article Senarai nama antara orang kaya Saudi yang ditahan

Itulah artikel Senarai nama antara orang kaya Saudi yang ditahan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Senarai nama antara orang kaya Saudi yang ditahan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/senarai-nama-antara-orang-kaya-saudi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Senarai nama antara orang kaya Saudi yang ditahan"

Post a Comment