Ada yang tak kena atau sememangnya tak kena?

Ada yang tak kena atau sememangnya tak kena? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ada yang tak kena atau sememangnya tak kena?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ada yang tak kena atau sememangnya tak kena?
link : Ada yang tak kena atau sememangnya tak kena?

Baca juga


Ada yang tak kena atau sememangnya tak kena?

KPK, Karbon Kredit, Hutan Pahi rugikan rakyat, kata Husam
ZIKRI ABDULLAH  -  November 22, 2017 2:48 pm
Kerajaan negeri Kelantan dipersoal tentang kaedah pengurusan melibatkan kekayaan hutan yang merugikan.

Adun Salor, Datuk Husam Musa membuat huraian terperinci berkaitan perkara itu ketika berucap dalam sesi perbahasan bajet 2018 di persidangan Dun semalam.

“Dalam isu karbon kredit bajet ini menganggarkan perolehan RM5 juta sedangkan dalam perjanjian seperti telah diberitahu dalam dewan ini jumlahnya adalah RM50 juta.

“Pada permulaan dulu kita diberitahu hasil yang sepatutnya diperolehi dari keluasan 1 juta ekar yang diserahkan kepada Climate Protectors (CP) adalah bernilai RM150 juta,” katanya.

Beliau turut menyoal pendirian kerajaan berhubung tindakan syarikat induk CP iaitu Ecobit yang menjalankan urusniaga jualan bitcoin secara atas talian.

“Website syarikat ini pada peringkat awal memaparkan gambar-gambar pemimpin kerajaan negeri dalam majlis perasmian usaha sama berkaitan urusniaga karbon kredit.

“Gambaran dari sini telah megelirukan orang ramai seolah-olah kerajaan sendiri terlibat.

“Ini menyabkab ramai yang terpengaruh dan ramai anak Kelantan sendiri menyertai skim ini yang kemudiannya ternyata satu penipuan.

“Penjelasan mengenai hal ini amat penting kerana ia telah melibatkan pelbagai kerugian kepada orang ramai dan pihak kerajaan sendiri,” katanya.

Mengenai kelulusan hutan simpan Bukit Pahi, beliau melahirkan rasa terkejut kerana pihak kerajaan mengaku 3 syarikat yang diluluskan itu dimiliki orang sama.

“Timbalan Menteri Besar (Datuk Mohd Amar Abdullah) dalam satu ucapannya mengesahkan perkara ini dan membanding dengan lelaki kahwin tiga.

“Apa perlunya kawasan 5500 ekar ini dipecah tiga kalau untuk diluluskan untuk orang yang sama,” soalnya.

Menurutnya ada kemungkinan ia dipecahkan supaya syarikat-syarikat yang mendapat lelulusan ini mudah untuk menjual semula kawasan berkenaan.

“Saya menduga demikian kerana dalan surat Akademi Yakin kepada syarikat-syarikat ini terdapat klausa yang menyatakan kelulusan itu tidak boleh dijual kepada syarikat lain sebelum perjanjian ditandatangani,” katanya.

Kerugian katanya bukan sahaja dari segi perolehan kerajaan kerana tidak melalui tender terbuka tetapi juga dari segi kerosakan khazanah alam.

“Kawasan ini adalah hutan bernilai tinggi terbaik yang berada bersempadan dengan Terengganu.

“Di dalam ada dua spot keindahan alam kelas tertinggi iaitu Lata Berangin dan Lata Rek yang tentu akan lenyap dengan pencerobohan hutan nanti,” katanya.

Beliau turut menyentuh pemberian satu kawasan milik Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) kepada syarikat yang mengadakan perjanjian dengan syarikat dari China.

“Saya mahu Kerajaan menjelaskan perkara ini kerana ia telah disebut dalam laporan audit,” katanya.

Husam turut membangkitkan tentang ‘meter digital’ yang dibeli oleh AKSB.

“Saya difahamkan sejumlah 80 ribu meter itu yang dibeli dengan harga RM80 seunit kini tidak dapat digunakan dan disimpan dalam stor,” katanya.


Thus Article Ada yang tak kena atau sememangnya tak kena?

Itulah artikel Ada yang tak kena atau sememangnya tak kena? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ada yang tak kena atau sememangnya tak kena? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/ada-yang-tak-kena-atau-sememangnya-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ada yang tak kena atau sememangnya tak kena?"

Post a Comment