Ayyoyo........Umur dah 57 tahun, dipenjara dan didenda lebih RM2 juta

Ayyoyo........Umur dah 57 tahun, dipenjara dan didenda lebih RM2 juta - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ayyoyo........Umur dah 57 tahun, dipenjara dan didenda lebih RM2 juta, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ayyoyo........Umur dah 57 tahun, dipenjara dan didenda lebih RM2 juta
link : Ayyoyo........Umur dah 57 tahun, dipenjara dan didenda lebih RM2 juta

Baca juga


Ayyoyo........Umur dah 57 tahun, dipenjara dan didenda lebih RM2 juta

Bekas pengurus besar Mimos dipenjara, didenda lebih RM2 juta

 | November 22, 2017
Mahkamah mendapati wujud bukti cukup untuk menyokong sabitan terhadap Khairuddin atas pertuduhan tersebut.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan bekas pengurus besar kewangan, Mimos Berhad, Khairuddin Khalid, menjalani hukuman penjara 5 tahun dan denda lebih RM2 juta selepas mengekalkan sabitan bersalah meminta dan memperoleh rasuah 16 tahun lepas.
Panel 3 hakim terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Dr Badariah Sahamid menolak rayuan Khairuddin untuk mengetepikan sabitan, penjara 5 tahun dan denda RM458,325 atau 6 bulan penjara atas pertuduhan pertama.
Di samping itu, panel tersebut juga mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen mengenai sabitan terhadap tertuduh berusia 57 tahun itu atas 3 lagi pertuduhan selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dia daripada tuduhan tersebut.
Mohd Zawawi, yang mempengerusikan panel itu mengenakan hukuman penjara 5 tahun dan denda RM625,000 atau 6 bulan penjara terhadap Khairuddin atas pertuduhan kedua, penjara 5 tahun dan denda RM1.01 juta atau 10 bulan penjara atas pertuduhan ketiga dan penjara 5 tahun dan denda RM416,686.88 atau 10 bulan penjara atas pertuduhan keempat.
Beliau, bagaimanapun, memerintahkan Khairuddin menjalani hukuman penjara itu serentak mulai hari ini.
Dalam penghakimannya, Mohd Zawawi berkata mahkamah mendapati wujud bukti cukup untuk menyokong sabitan terhadap Khairuddin atas pertuduhan tersebut.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Suite 17.3-17.4A, Tingkat 17, Menara Weld, 76, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 23 Mei 2001, 4 September 2001, 31 Oktober 2001 dan 8 Februari 2002.
Atas pertuduhan pertama, Khairuddin didakwa memperoleh suapan berjumlah RM91,665 daripada Pengerusi Eksekutif, Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Muhammad Khalid Ismail sebagai upah melakukan perbuatan berhubung hal ehwalnya iaitu melabur dana pelaburan Mimos.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa meminta suapan berjumlah RM150,000 daripada individu sama dengan RM125,000 daripada jumlah itu adalah upah untuk pelaburan Mimos dalam syarikat tersebut.
Bagi pertuduhan ketiga, Khairuddin didakwa meminta suapan RM295,750 daripada individu sama dengan RM202,000 daripada jumlah itu adalah upah untuk pelaburan Mimos.
Bagi pertuduhan keempat, Khairuddin didakwa meminta suapan RM447,833 daripada individu sama dengan RM83,337.37 dariipada jumlah itu adalah upah bagi pelaburan Mimos.
Sebelum ini, Khairuddin disabitkan kesalahan atas lapan pertuduhan Mahkamah Sesyen tetapi selepas rayuan, Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan atas pertuduhan pertama dan mengetepikan 7 lagi pertuduhan meminta dan memperoleh suapan.
Hari ini, pihak pendakwaan menarik balik rayuan pembebasan Khairuddin terhadap 4 lagi pertuduhan.
Khairuddin diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad.


Thus Article Ayyoyo........Umur dah 57 tahun, dipenjara dan didenda lebih RM2 juta

Itulah artikel Ayyoyo........Umur dah 57 tahun, dipenjara dan didenda lebih RM2 juta Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ayyoyo........Umur dah 57 tahun, dipenjara dan didenda lebih RM2 juta dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/ayyoyoumur-dah-57-tahun-dipenjara-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ayyoyo........Umur dah 57 tahun, dipenjara dan didenda lebih RM2 juta"

Post a Comment