Tajuk : Kerusi Shah Alam selamat
link : Kerusi Shah Alam selamat
Kerusi Shah Alam selamat
Kerusi Shah Alam selamat, mahkamah kurangkan denda Khalid Samad
TMI · Diterbitkan pada 24 Nov 2017 11:59AM
Hukuman denda RM2,900 dijatuhkan mahkamah boleh menyebabkan Khalid Samad hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen sekali gus rakyat Shah Alam kehilangan wakil rakyat mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 November, 2017
MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menyelamatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada kehilangan kerusinya apabila hukuman dendanya diringankan kepada RM1,900 berbanding jumlah asal sebanyak RM2,900.
Hakim Salehan Yatim memutuskan demikian selepas menerima rayuan Khalid untuk mengurangkan denda itu namun mengekalkan sabitan ke atasnya.
Mahkamah menyatakan hukuman denda RM2,900 boleh menyebabkan kesan serius kepada Khalid kerana boleh menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen sekali gus rakyat Shah Alam kehilangan wakil rakyat mereka.
Pada perbicaraan ini, Khalid merayu keputusan Mahkamah Rendah Syariat pada 19 Januari lalu yang mensabitkan beliau bersalah di atas tuduhan mengajar tanpa tauliah dan dijatuhkkan hukuman denda RM2,900 atau dua bulan penjara.
Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika didenda melebihi RM2,000.
Khalid didakwa, pada 16 Ogos 2011 kerana memberikan kuliah di Surau Taman Seri Sementa Klang yang melanggar Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Selangor 2003.
Beliau diwakili peguam Dr Zulkarnain Luqman manakala defendan diwakili oleh pendakwa syarie Aiman Roslan.
Sementara itu, Khalid ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Syariah terutama peguam dan hakim kerana memberikan hukuman yang lebih adil.
"Walaupun kes saya masih disabitkan kerana melanggar peraturan yang ada, saya rasa hukuman ini lebih adil kerana ia tidak menjejaskan kedudukan saya sebagai ahli Parlimen," kata Khalid kepada The Malaysian Insight.
Beliau juga berterima kasih kepada pihak responden yang mengesahkan beliau tidak bersalah dari segi agama walaupun dianggap bersalah berdasarkan undang-undang yang ada.
Namun, beliau berharap persoalan tauliah mengajar di surau dan masjid dikaji semula agar ia tidak menyekat usaha dakwah walaupun ia bertujuan menyekat ajaran sesat serta perpecahan dalam masyarakat. – 24 November, 2017.

Thus Article Kerusi Shah Alam selamat
Itulah artikel Kerusi Shah Alam selamat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kerusi Shah Alam selamat dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/kerusi-shah-alam-selamat.html
0 Response to "Kerusi Shah Alam selamat"
Post a Comment