Korek, jangan tak korek, lepas ni banyak lagi ni.....

Korek, jangan tak korek, lepas ni banyak lagi ni..... - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Korek, jangan tak korek, lepas ni banyak lagi ni....., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Korek, jangan tak korek, lepas ni banyak lagi ni.....
link : Korek, jangan tak korek, lepas ni banyak lagi ni.....

Baca juga


Korek, jangan tak korek, lepas ni banyak lagi ni.....

Rakyat dok tunggu yang lain sebenarnya, yang buat riuh satu dunia tu!

RCI kerugian forex cadang polis buka kertas siasatan, tidak nyatakan pihak bertanggung jawab
MALAYSIADATELINE  -  November 30, 2017 2:07 pm
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia mengesyorkan agar polis membuka siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dalam urusan tersebut.

Laporan setebal 400 muka surat yang diedarkan kepada ahli Parlimen hari ini menyarankan siasatan dilakukan terhadap semua pihak yang terlibat termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM).

RCI itu turut mengesyorkan agar siasatan dijalankan terhadap ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan, lapor FMT.

“Suruhanjaya berpendapat daripada fakta yang diberikan kepada inkuiri terdapat asas untuk mencadangkan polis menjalankan siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah dan atau penipuan yang mungkin dilakukan oleh kakitangan BNM, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara, menteri kewangan dan perdana menteri dalam menjalankan urusniaga spekulasi forex dan menyembunyikan kerugian forex daripada pengetahuan Kabinet dan Parlimen,” laporan itu dipetik.

Skandal forex tersebut dianggar menyebabkan kerugian sehingga RM30 bilion.

RCI ditubuhkan untuk menentukan kebenaran dakwaan mengenai kerugian tukaran mata wang asing yang ditanggung oleh BNM dan kesannya terhadap ekonomi negara.

Laporan itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V oleh Pesuruhjaya RCI terdiri daripada Tan Sri Mohd Sidek Hassan Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choo Soon dan P. Kanagarayar pada 13 Oktober lalu.

Walaupun tidak terdapat dalam Aturan Urusan Mesyuarat, laporan RCI setebal 400 halaman dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu sudah diedar kepada ahli Parlimen.

Seramai 25 saksi termasuk Dr Mahathir dan Anwar, di samping bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan pegawai tertinggi bank termasuk gabenor, dipanggil memberi keterangan di hadapan panel suruhanjaya yang bersidang selama 8 hari.

Selain itu, sebanyak 42 dokumen juga dikemukakan semasa prosiding.


Thus Article Korek, jangan tak korek, lepas ni banyak lagi ni.....

Itulah artikel Korek, jangan tak korek, lepas ni banyak lagi ni..... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Korek, jangan tak korek, lepas ni banyak lagi ni..... dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/korek-jangan-tak-korek-lepas-ni-banyak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Korek, jangan tak korek, lepas ni banyak lagi ni....."

Post a Comment