PAS cuba tambat Amiruddin dengan baiah

PAS cuba tambat Amiruddin dengan baiah - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS cuba tambat Amiruddin dengan baiah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS cuba tambat Amiruddin dengan baiah
link : PAS cuba tambat Amiruddin dengan baiah

Baca juga


PAS cuba tambat Amiruddin dengan baiah

PAS ingatkan Amiruddin soal baiah
N Faizal Ghazali   -   26 Nov 2017, 8:32 pm
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah diingatkan tentang baiah oleh kepimpinan PAS, sebaik selepas beliau mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dari PAS, hari ini.

Ingatan itu disampaikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengulas penghijrahan Amiruddin itu, Tuan Ibrahim berkata beliau terkejut dengan perkara itu kerana Amiruddin seorang yang mudah dibawa berbincang dan tidak bermasalah dalam parti.

"Secara peribadi saya terkejut dengan tindakan beliau...(tetapi) PAS menghormati keputusannya.

"Namun beliau masih mempunyai beberapa tanggungjawab dalam baiah yang beliau lafazkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Wakil rakyat PAS, sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen, dikatakan perlu membuat baiah yang perkahwinan mereka akan jatuh talak jika mereka meninggalkan PAS.

Amiruddin dalam sidang media bersama Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pimpinan BERSATU Kedah petang tadi mengumumkan penyertaannya ke parti itu secara rasmi.

Berbeza pula dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang menganggap perkembangan itu bukanlah suatu yang mengejutkan.

"Dia tidak menjadi berita lagi kepada PAS. Dia dah lama tidak bersama PAS, malah terang-terang menganjurkan aktiviti bersama Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Kita doa (agar) dia dapat lepasi baiah yang dilafaznya dalam pilihan raya sebelum ini di akhirat kelak," katanya ketika dihubungi.

Segelintir pihak dalam PAS sememangnya melihat Amiruddin sebagai golongan dalam parti yang cenderung kepada HARAPAN, malah menghadiri konvensyen tahunan Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kedah baru-baru ini.

Selain ADUN Anak Bukit, Amiruddin juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Beliau merupakan pengganti Allahyarham Datuk Fadzil Noor di DUN itu, selepas menang dalam pilihan raya kecil 2002 susulan kematian bekas presiden PAS itu.


Thus Article PAS cuba tambat Amiruddin dengan baiah

Itulah artikel PAS cuba tambat Amiruddin dengan baiah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS cuba tambat Amiruddin dengan baiah dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/pas-cuba-tambat-amiruddin-dengan-baiah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS cuba tambat Amiruddin dengan baiah"

Post a Comment